ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia lancar kempen “I’m Vaccinated”

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen proaktif “I’m Vaccinated” bagi memberikan keyakinan dan keselamatan tambahan kepada para pelanggan dan pengedar di semua pengedar Honda seluruh negara.

Setakat ini, 80 peratus daripada pengedarnya telah menerima vaksinasi lengkap dan hanya mereka yang lengkap vaksinasi akan kembali bertugas di cawangan pengedar. Honda Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan vaksinasi pengedar mereka menjelang Oktober 2021.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, menerusi kempen yang bermula bulan ini, kesemua pengedar yang lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh inkubasi 14-hari dos kedua akan menerima lencana dan pelitup separuh muka yang direka khas dengan logo ‘I Am Fully Vaccinated’.

Selain itu, Honda Malaysia juga melaksanakan “Government Staff Program” yang merupakan program eksklusif buat kakitangan kerajaan dan pasangan untuk memiliki model hatchback kompak Jazz dan crossover 7-tempat duduk BR-V dengan pelbagai faedah tambahan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Bermula 1 September hingga 31 Oktober 2021, pelanggan dapat menikmati diskaun istimewa sehingga RM1,000 sebagai tambahan kepada promosi bulanan. Pelanggan yang merupakan kakitangan kerajaan perlu mengemukakan salinan surat tawaran dan kad identiti masing-masing bagi proses pengesahan sebelum pendaftaran kereta.

Sempena dengan sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia turut mengadakan promosi “September Special Benefits” bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2021 yang menawarkan penjimatan sehingga RM6,000 bagi membolehkan pelanggan membeli model Honda kegemaran mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan pengedar sah Honda seluruh negara atau menghubungi Talian-Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply