ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis syorkan syarat khas untuk perbaharui lesen memandu warga emas

Berita Tempatan

Views

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengesyorkan syarat khas dikenakan untuk pemegang lesen memandu dalam kalangan warga emas sebelum mereka dibenarkan memperbaharui dokumen itu.

Berita Harian melaporan, beliau berkata, cadangan memperkenalkan syarat khas itu adalah untuk tujuan menjaga keselamatan golongan berkenaan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana, katanya, keadaan kesihatan tubuh badan juga menjadi antara faktor kemalangan dengan penyakit seperti ‘alzheimer‘ dan masalah mata akan dihadapi warga emas.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Kata beliau, pihaknya melihat kes-kes memandu melawan arus sudah menjadi seperti satu trend, ada juga kes melibatkan orang tua berusia 60 dan 70 tahun ke atas. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya.

Tambahnya, warga emas berusia 70 tahun ke atas ini ada yang mempunyai penyakit mudah lupa atau nyanyuk dan kebanyakan kes lawan arus melibatkan golongan ini disebabkan salah masuk jalan. Ada kes sebelum ini warga emas memandu kenderaan memasuki lorong motosikal.

Menurutnya, syarat seperti warga emas menjalani pemeriksaan doktor dan mendapat surat pengesahan bahawa mereka sihat untuk memandu adalah bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna lain.

Sepatutnya golongan warga emas hanya dibenarkan memperbaharui lesen dengan syarat mempunyai pengesahan daripada doktor yang menyatakan individu berkenaan mampu untuk memandu dari segi mental dan fizikal.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tempoh pembaharuan lesen buat warga emas juga seharusnya dihadkan untuk jangka masa pendek supaya pihak berkenaan dapat membuat penilaian terhadap kemampuan golongan itu untuk berada di jalan raya.

Sekarang, lesen memandu boleh diperbaharui sehingga tempoh lima tahun. Jika warga emas usia 70 tahun memperbaharui LKM bagi tempoh lima tahun, tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia.

Beliau mencadangkan pembaharuan lesen memandu warga emas dihadkan hanya untuk tempoh setahun dengan syarat tertentu.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengeluarkan satu dasar untuk motosikal berkuasa rendah agar tidak mengeluarkan bunyi bising. Ini kerana, katanya, rata-rata motosikal sedemikian diubahsuai sehingga mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply