ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aerodyne kini Penyedia Perkhidmatan Dron Penderia Jauh nombor satu dunia

Berita Tempatan

Views

Jika anda masih ingat dengan model skala konsep yang disebut-sebut sebagai ‘kereta terbang pertama Malaysia’ semasa pameran LIMA 2019, anda pasti masih ingat dengan syarikat Aerodyne Group kan?

Model skala dron yang dinamakan Vector itu sebenarnya bukanlah kereta terbang dan ia sebenarnya konsep dron kargo besar yang sedang dirancang oleh mereka.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Terbaharu, syarikat ini telah muncul sebagai Penyedia Perkhidmatan Dron Penderia Jauh nombor satu di dunia buat pertama kali menurut Drone Industry Insights.

Syarikat berpangkalan di Jepun, Terra Drone menduduki tempat kedua, manakala Cyberhawk berada di tempat ketiga.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dengan pengambilalihan Falcon Eye Drones dari Emiriah Arab Bersatu dan syarikat perkhidmatan dron US Measure, Aerodyne telah meneruskan strategi pengembangannya yang kukuh dengan memasuki pasaran baharu di seluruh dunia.

Tahun lalu Aerodyne memeterai perjanjian dengan DHL Express Malaysia untuk mengkaji penggunaan dron untuk penghantaran barangan di Malaysia. Syabas Aerodyne!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply