ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis trafik jadi ‘hero’ selamatkan 3 beranak daripada dihanyutkan arus Sungai Klang

Tular

Views

Dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) muncul sebagai ‘hero’ setelah berjaya selamatkan tiga beranak yang terperangkap dalam banjir kilat di Sungai Klang berhampiran Jalan Kuching menghala Jalan Kinabalu, kelmarin.

Menurut Harian Metro, Rakaman video berdurasi 19 saat memaparkan detik anggota polis trafik berkenaan membantu mangsa daripada dihanyutkan arus di Sungai Klang itu turut tular di media sosial.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 3.20 petang.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, orang awam meminta bantuan menyelamatkan seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam banjir kilat itu.

Dua anggota JSPT Kuala Lumpur, Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah ke lokasi serta bertindak pantas memberi bantuan kepada ketiga-tiga mangsa.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurutnya, kesemua mangsa dikatakan sedang memancing di Sungai Klang ketika hujan lebat dan tiba-tiba air naik tanpa mereka sedari.

Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit turut dibantu beberapa orang awam yang berada di lokasi berkenaan. Tindakan anggota polis itu mendapat pujian warganet yang turut mengucapkan terima kasih dan syabas atas usaha murni itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply