ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pop.Up bakal realisasikan impian kereta terbang

Views
Urban mobility takes shape with Italdesign and Airbus’ Pop.Up

Demi merealisasikan impian kita untuk naik kereta terbang dua firma dari bidang yang berbeza, Airbus yang merupakan pakar dalam industri aeroangkasa dan Italdesign yang mempunyai kepakaran dalam rekabentuk khususnya automotif berpadu tenaga untuk menghasilkan Pop.Up. Ia merupakan konsep yang boleh digunakan di darat mahupun di udara, seakan sebuah kapsul membawa penumpang yang dikawal oleh platform Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence).

Ia digerakkan oleh dua modul elektrik berbeza yang boleh digerakkan (di darat dan udara) dan modul antara muka (interface) yang berinteraksi dengan pengguna secara maya (virtual). Pop.Up buat pertama kalinya dipersembahkan sempena pameran Geneva Motor Show yang kini sedang berlangsung, secara ringkasnya adalah gabungan kereta kecil dua-tempat duduk dengan kenderaan udara seakan sebuah dron gergasi.

Penumpang hanya perlu membuat perancangan perjalanan dan menempah mereka melalui aplikasi mudah seakan aplikasi Uber/Grab. Kemudian sistem secara automatik akan mencadangkan kaedah pengangkutan yang terbaik, menentukan masa, kesesakan lalu lintas, kos, tuntutan perkongsian perjalanan (ridesharing) dan sebagainya. Jika perjalanan itu akan dilakukan melalui udara, modul berautonomi di udara dan darat akan kembali ke stesen pengecasan sehingga perjalanan selesai untuk menunggu pelanggan mereka seterusnya.

Pop.Up mempunyai ukuran 2.6 meter panjang, 1.4 meter tinggi dan 1.5 meter lebar. Apabila dipasangkan dengan modul darat, kenderaan tersebut menjadi kereta-bandar yang dijana oleh bateri, manakala di udara pula, ia akan diterbangkan oleh lapan buah rotor berlawanan-putaran bersaiz 5.44 meter.

Jika anda risau mengenai prestasi dan jarak pemanduan/penerbangan, modul darat dikuasakan oleh dua motor dengan output keseluruhan 60 kW (80 HP), 15 minit masa pengecasan, mampu mencecah kelajuan 100 km/h (62 mph) dan mempunyai jarak perjalanan sejauh 130 km (80 batu). Unit modul udara pula mempunyai output 136 kW (182 HP), juga dicas selama 15 minit, mempunyai kelajuan puncak yang sama dengan modul darat, namun jarak penerbangannya hanya 100 km (tanpa muatan). Pop.Up bakal direalisasikan dalam masa 7 hingga 10 tahun dari sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Airbus-1 Airbus-4 italdesign-airbus-popup-geneva-6 italdesign-airbus-popup-geneva-7 italdesign-airbus-popup-geneva-8 italdesign-airbus-popup-geneva-9 italdesign-airbus-popup-geneva-10 italdesign-airbus-popup-geneva-11

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply