ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS 7 bakal merentasi 9 buah negara menerusi ‘ASEAN Unity Drive 2025’

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat Proton, PRO-NET mengumumkan penglibatannya sebagai penaja utama ASEAN Unity Drive 2025, sebuah inisiatif penting yang bertujuan memajukan penerimaan kenderaan elektrik (EV) di seluruh ASEAN.

Acara ini bakal menampilkan kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia, Proton e.MAS 7, bersama Proton X50 dan X70 yang bakal merentasi sembilan negara ASEAN. Acara pelepasan rasmi telah berlangsung di Menara MITI, Kuala Lumpur.

Selaras dengan agenda kenderaan elektrik (EV) nasional Malaysia, inisiatif ini mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sekali gus meletakkan PRO-NET sebagai peneraju utama dalam memacu penerimaan EV di ASEAN.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, ASEAN Unity Drive 2025 adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi PRO-NET dengan usaha syarikat menerajui peralihan ke arah mobiliti elektrik.

Tambahnya, acara ini menjadi peluang terbaik untuk e.MAS 7 mempamerkan keupayaannya di pentas antarabangsa.

Peranan PRO-NET sebagai kereta rasmi untuk Pengerusi ASEAN, seperti yang diiktiraf oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengukuhkan kedudukan mereka dalam peralihan EV di rantau ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

ASEAN Unity Drive 2025 akan berlangsung dari 16 April hingga 8 Mei 2025, merangkumi dua laluan yang berbeza:

  • Laluan Utara: Hanoi (Vietnam) → Vientiane (Laos) → Phnom Penh (Kemboja) → Bangkok (Thailand) → Georgetown (Pulau Pinang) → Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Laluan Selatan: Manila (Filipina) → Sabah (Malaysia) → Bandar Seri Begawan (Brunei) → Sarawak (Malaysia) → Jakarta (Indonesia) → Singapore → Kuala Lumpur (Malaysia)

Acara ini berfungsi sebagai platform yang berkuasa bagi PRO-NET untuk mempamerkan e.MAS 7 sebagai penyelesaian yang praktikal dan lestari untuk pengguna di seluruh ASEAN.

Sepanjang perjalanan, e.MAS 7 akan menjalani ujian prestasi dunia sebenar, mempamerkan jarak, kecekapan, dan keupayaannya menyesuaikan diri merentasi pelbagai jenis bentuk muka bumi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply