Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah memeterai perjanjian untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV bersama ChargeSini.
Kerjasama ini menekankan komitmen penting PRO-NET dalam membangunkan lanskap EV dan menyediakan ekosistem terbaik demi kemudahan pelanggan dan pengguna EV.
Rangkaian stesen pengecas ChargeSini termasuk pengecas pantas DC yang terletak di hotel, pasar raya, dan pusat beli-belah akan diintegrasikan dan boleh diakses melalui Aplikasi Hello smart,
Integrasi ini bakal menjadi satu tanda aras kerana ia dapat meluaskan rangkaian pengecasan awam daripada 70 peratus hingga kepada lebih 75 peratus di seluruh negara.
Majlis menandatangani perjanjian ini telah berlangsung di ibu pejabat PRO-NET, antara Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Kolaborasi ini dapat meningkatkan kerjasama PRO-NET dengan Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) seperti Gentari, chargeEV, dan jomcharge.
Menerusi kolaborasi bersama ChargeSini, PRO-NET mengukuhkan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah dan lebih dipercayai bagi pengguna smart.
Aplikasi Hello smart kini merupakan aplikasi tunggal pertama di Malaysia yang dapat menyediakan akses ke stesen pengecasan dari empat CPO yang berbeza, dengan penambahan rangkaian pengecas EV ChargeSini,
Aplikasi Hello smart akan mempunyai lebih daripada 75 peratus rangkaian titik pengecasan awam di seluruh negara dan diperkuatkan dengan rangkaian pengecasan ChargeSini.
Penambahbaikan ini akan dikemaskini dalam Aplikasi Hello smart pada suku ketiga, menyediakan pengguna dengan pengalaman pemilikan yang lancar dan mudah.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menerusi Aplikasi Hello smart dan Display Head Unit (DHU) dalam kenderaan, pengguna boleh mencari dengan mudah lokasi stesen pengecasan yang terdekat.
Ia dapat mengurangkan kebimbangan jarak semasa perjalanan ke destinasi yang dituju berserta maklumat terkini mengenai penggunaan titik pengecasan disediakan secara langsung.
Pengguna smart dapat memulakan sesi pengecasan dan membuat pembayaran secara dalam talian menerusi Aplikasi Hello smart.
Dalam pada itu, PRO-NET juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan smart #3 yang akan tiba pada suku ketiga tahun ini, diikuti pula dengan kemunculan Proton EV pada tahun 2025.
PRO-NET terus komited dalam mendorong inovasi, kelestarian, dan penyelesaian masalah pelanggan ketika memulakan perjalanan ke arah mobiliti lestari.
Dengan rangkaian PRO-NET yang semakin berkembang dan rakan kongsi yang strategik, smart akan memastikan bahawa pelanggan boleh mempercayai kredibiliti PRO-NET dalam menyelesaikan keperluan EV mereka dengan mudah dan cekap.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI