Proton New Energy Technology (PRO-NET), peneraju pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, terus memperluaskan jaringan pengedarannya dalam usaha memastikan mobiliti lestari dapat diakses lebih meluas oleh rakyat.
Sehingga kini, sebanyak 40 pengedar Proton e.MAS telah dilantik secara rasmi, berbanding 31 cawangan yang beroperasi sebelum ini.
Peningkatan tersebut sejajar dengan permintaan yang semakin memberangsangkan terhadap barisan model Proton e.MAS, terutamanya model Proton e.MAS 7 yang kini mendapat perhatian meluas.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, peluasan rangkaian ini bukan sekadar pengembangan fizikal, tetapi merupakan usaha membina keyakinan pengguna serta memperkukuh ekosistem EV tempatan.
“Sebagai langkah kami untuk membentuk masa depan yang lebih hijau, kami mengalu-alukan rakan kongsi perniagaan dari seluruh Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Proton e.MAS,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pusat jualan dan perkhidmatan Proton e.MAS direka bagi menawarkan pengalaman pelanggan yang lancar, merangkumi proses penghantaran kenderaan, sokongan selepas jualan, hingga bantuan pengecasan EV.
Usaha ini bertujuan menjadikan pemilikan EV lebih mudah, dipercayai dan tanpa kerisauan bagi pengguna di seluruh negara.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Dalam pada itu, PRO-NET kini giat mencari rakan kongsi baharu yang bersemangat dan berfikiran ke hadapan dari seluruh Malaysia bagi memperluaskan lagi jaringan Proton e.MAS di lokasi-lokasi berikut:
Negeri | Lokasi |
Selangor / KL | Bangsar, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Subang, Sunway, Klang, Cyberjaya |
Penang | Bayan Lepas |
Perak | Sitiawan, Teluk Intan |
Melaka | Melaka City |
Johor | Kulai, Tebrau, Iskandar Puteri, Skudai |
Sabah | Sandakan, Tawau |
Penubuhan rangkaian ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam misi PRO-NET memacu peralihan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik, sekaligus memperkukuhkan revolusi EV di Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI