ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi “Buka Lembaran Baharu” Proton tawar ‘duit raya’ sehingga RM10,000

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mac ini, Proton akan mengadakan promosi “Buka Lembaran Baharu“.

Promosi ini menawarkan ganjaran kepada pembeli kereta baharu dengan rebat tunaiDuit Raya” bernilai sehingga RM10,000.

Ia ditambah pula dengan pakej sokongan ‘overtrade‘ daripada bahagian pengurusan kereta terpakai Proton di cawangan yang tertentu.

Ini juga merupakan masa paling sesuai untuk memiliki salah satu daripada tiga model SUV Proton siri X. Model popular, Proton X50 masih mengekalkan statusnya sebagai peneraju segemnnya.

Proton X50 SE yang dilancarkan pada pertengahan Januari lalu pula mendapat sambutan memberangsangkan dengan 531 unit telah didaftarkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Untuk kempen ini, pembeli akan menerima rebat sehingga RM9,000, dan sokongan tukar beli sehingga RM2,000 daripada cawangan yang tertentu untuk jumlah nilai pakej bernilai sehingga RM11,000.

Proton X70 2025 yang dilancarkan pada 15 Ogos tahun lalu, menampilkan bahagian luar dan dalam yang dikemas kini serta penjimatan penggunaan bahan api.

Sempena promosi ini, model SUV segmen-C itu ditawarkan dengan rebat sehingga RM9,000 manakala sokongan tukar beli yang ada bernilai RM2,000.

Model SUV segmen-D, Proton X90 pula ditawarkan dengan rebat bernilai sehingga RM10,000 dan sokongan tukar beli bernilai RM5,000. Ini bermakna pakej yang ditawarkan akan bernilai sehingga RM15,000.

Promosi Buka Lembaran Baharu menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,000 serta sokongan tukar beli bernilai diantara RM800 sehingga RM1,000 untuk model Proton Saga, Proton Iriz dan Proton Persona.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ini bermakna pembeli dapat menikmati jumlah penjimatan sehingga RM2,000 untuk pembelian kenderaan baharu mereka.

Peneraju jualan sedan segmen-C pada 2024, Proton S70 ditawarkan dengan rebat bernilai sehingga RM8,000, manakala pembeli varian Flagship X pula menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130.

Bukan itu sahaja, terdapat juga sokongan tukar beli bernilai RM2,000 untuk menjadikan nilai pakej sehingga RM13,000.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, promosi Buka Lembaran Baharu adalah usaha syarikat untuk menambah baik pengalaman jenama untuk pelanggan.

Tambah beliau, ia juga memberikan pembeli peluang untuk memandu Proton baharu apabila pulang ke kampung dan melawat rakan serta keluarga semasa cuti perayaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply