ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 Sport Edition dilancarkan – Harga RM98,300, terhad 1k unit sahaja

Berita Tempatan

Views

Proton secara rasminya melancarkan model edisi terhad Proton X50 Sport Edition secara penstriman langsung dalam talian di saluran media sosial Facebook, TikTok, dan juga YouTube malam ini.

Model yang berasaskan varian 1.5T Premium ini dijual pada harga RM105,300 yang merangkumi Pakej Sport Edition bernilai RM 3,500 dan terhad kepada 1,000 unit sahaja.

Namun, Proton membuat satu kejutan dengan menawarkan rebat sebanyak RM 7,000 kepada mereka yang membuat tempahan pada bulan Januari 2025.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ini bermakna anda boleh membelinya dengan harga RM98,300 (atas jalan tidak termasuk insurans) dalam bulan Januari sahaja.

Proton turut menawarkan pakej standard untuk model ini yang merangkumi 5-tahun jaminan tanpa had perbatuan, 5-tahun pakej data 1GB sebulan, 6 kali upah servis percuma dan Program Insurans Proton.

 

X50 Sport Edition menampilkan warna badan eksklusif Quartz Black dan kombinasi calitan kemasan merah dengan penggayaan luaran yang lebih sporty bersama Pakej Sport Edition yang merangkumi:

  • Kemasan bampar hadapan berwarna hitam berkilat
  • Skirt hadapan
  • Rim aloi bersaiz 18 inci kemasan hitam
  • Skirt sisi
  • Pelekat badan Sport Edition
  • Lambang Sport Edition
  • Kemasan pintu belakang hitam berkilat
  • Skirt belakang
  • Plat pelindung pintu keluli tahan karat
  • Alas kaki Sport Edition
  • Pengecas nirwayar
  • Dulang but

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Di ruangan kabin, X50 Sport Edition meneruskan kombinasi hitam dan merah pada papan pemuka, termasuk kemasan pada tempat duduk serta panel pintu.

Model ini masih mengekalkan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT), yang menjana ouput sebanyak 150 PS dan 226 Nm daya kilas.

Dari segi keselamatan, X50 Sport Edition dilengkapi dengan enam beg udara, sistem brek ABS, EBD bersama BA, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, kawalan turun cerun, Auto Brake Hold dan ISOFIX.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply