ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat penghantaran ke-1,000 unit e.MAS 7

Berita Tempatan

default
Views

PRO-NET mengumumkan penghantaran unit ke-1,000 kenderaan elektrik (EV) pertamanya, iaitu e.MAS 7. Sambutan luar biasa ini membuktikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap visi Proton ke arah menuju mobiliti lestari.

Sejak diluncurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, e.MAS 7 semakin mendapat tempat dalam pelbagai golongan pengguna, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap EV sebagai kenderaan yang praktikal dan pilihan kereta masa depan.

Harga yang mampu milik, praktikaliti, dan ekosistem yang komprehensif bagi menyokong pengguna sepanjang perjalanan EV mereka merupakan tarikan utama e.MAS 7.

Ciri utama seperti Peta Pengecasan Langsung yang lebih daripada 2,000 titik pengecasan di seluruh negara, infrastruktur pengecasan yang mudah diakses, serta ciri keselamatan dan sambungan rangkaian terkini yang canggih.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Ekosistem ini membolehkan pelanggan merasai teknologi mobiliti elektrik dengan lebih mudah dan penuh keyakinan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa 58 peratus pembeli bersetuju e.MAS 7 sebagai pilihan yang berbaloi dengan harganya, manakala 51 peratus menghargai ruangnya yang luas dan kesesuaiannya untuk kegunaan harian.

Selain itu, 38 peratus tertarik dengan ciri keselamatan canggih, termasuk ADAS Tahap 2 dan keupayaan pemanduan semi-autonomi, sementara 39 peratus menyatakan bahawa Peta Pengecasan Langsung menjadi faktor utama dalam proses membuat keputusan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, kejayaan e.MAS 7 mencerminkan komitmen pihaknya dalam menawarkan solusi EV yang menarik dan selari dengan keperluan pengguna di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Matlamat mereka bukan sekadar menjual kereta, malah membangunkan ekosistem lengkap yang memastikan peralihan ke mobiliti elektrik berjalan lancar dan penuh keyakinan.

Dengan lebih daripada 4,500 tempahan diterima dan permintaan yang terus meningkat, PRO-NET yakin untuk mendapatkan 6,000 tempahan tidak lama lagi terutamanya dengan lanjutan pakej kuasa pelancaran khas.

 

Kini lebih ramai rakyat Malaysia mengiktiraf akan kepentingan peralihan ke kenderaan elektrik, bukan sahaja untuk kelestarian, tetapi juga untuk praktikaliti dalam kehidupan seharian mereka.

e.MAS 7 terbukti menjadi pilihan yang sesuai untuk gaya hidup rakyat Malaysia, menawarkan nilai yang berbaloi, ruang yang luas, dan ciri bantuan pemandu yang canggih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply