ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV nasional pertama, Proton e.MAS 7 dilancarkan – Varian Prime dan Premium, harga dari RM109,800

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertamanya iaitu Proton e.MAS 7. Tempahannya mula dibuka sejak 26 Oktober lalu dengan dua pilihan varian, iaitu Prime dan Premium.

Berikut adalah harga Proton e.MAS 7 mengikut varian (harga atas jalan tidak termasuk insurans):

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM109,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM123,800

Walaubagaimanapun, Proton memberikan Tawaran Pelancaran Istimewa untuk 3,000 pelanggan pertama dengan rebat sebanyak RM4,000.

Ini bermakna, harga atas jalan tidak termasuk insurans Proton e.MAS 7 adalah seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM105,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM119,800

Model kembar kepada Geely Galaxy E5 itu ditawarkan dengan lima pilihan warna luaran iaitu, Platinum SilverTurquoise GreenSlate GreyQuartz Rose dan Lithium White.

Untuk warna kemasan dalamannya pula, hanya satu warna ditawarkan iaitu Indigo Blue. Model yang dibina berasaskan pelantar Global Modular Architecture (GMA) itu mempunyai ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi, dan jarak roda 2,750 mm.

Proton e.MAS 7 dikuasakan oleh sistem pemacu elektrik 12 dalam 1 yang memacu roda hadapan (FWD) berkuasa 218 PS dengan 320 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan tertinggi 175 km/j. Kedua-duanya dikuasakan pek bateri litium besi fosfat (LFP) ‘Aegis bilah pendek’ dengan kapasiti berbeza.

Berikut adalah perincian ringkas Proton e.MAS 7 mengikut varian:

Proton e.MAS 7 Prime

  • Pek bateri: 49.52kWj
  • Jarak pandu (WLTP): 345 km
  • Pengecasan DC 80kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 20 minit
  • Pengecasan AC 11kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 4.9 jam
  • Jenis tayar dan saiz: Giti 225/55 R18
  • 6 pembesar suara

Proton e.MAS 7 Premium (tambahan dari varian Prime)

  • Pek bateri: 60.22kWj
  • Jarak pandu (WLTP): 410 km
  • Pengecasan DC 100kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 20 minit
  • Pengecasan AC 11kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 6.1 jam
  • Jenis tayar dan saiz: Good Year 235/50 R19
  • Bumbung suria panoramik
  • Pintu belakang kuasa
  • Pengatup jeriji aktif
  • Cermin pandang belakang auto malap
  • Lampu suasana
  • Paparan dongak pada cermin hadapan
  • Tempat duduk penumpang hadapan kuasa dengan pelarasan 4-cara
  • Tempat duduk berventilasi
  • Radar hadapan
  • 16 pembesar suara

Proton e.MAS  7 dilengkapi unit inforia Flyme Auto dengan skrin sesentuh 15.4 inci beresolusi 2.5k yang dijana cip gred-automotif 7nm, skrin kelompok instrumen 10.2 inci, dan sistem audio Flyme Sound dengan 16 pembesar suara bersama Sistem WANOS, termasuk pada penyandar kepala di bahagian pemandu.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Dari segi keselamatan pula, kedua-dua varian didatangkan dengan enam (6) beg udara, kamera pandangan 360 darjah dan Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (L2-ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Kawalan Jelajah Pintar
  • Brek Kecemasan Automatik
  • Amaran Perlanggaran Hadapan
  • Sokongan Brek Dinamik
  • Amaran Keluar Lorong
  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan
  • Amaran Perlanggaran Belakang
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Brek Lintasan Trafik
  • Bantuan Tukar Lorong
  • Pengesanan Titik Buta
  • Amaran Buka Pintu
  • Pengecaman Papan Tanda Lalu Lintas

Ini membolehkan Proton e.MAS 7 menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP. Sempena meraikan pelancarannya, pembeli akan menerima pakej manfaat yang komprehensif, untuk tawaran masa terhad, bernilai sehingga RM8,000.

Enam Power Pack Pelancaran adalah seperti berikut:

Power Home

  • Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM1,500

Power Plus

  • V2L Adaptor Percuma bernilai RM500

Power Online

  • 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM1,800

Power Thru

  • Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun
  • Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun atau 160,000km

Power Financing

  • Kadar Faedah 1.98 peratus dari Proton Commerce sehingga RM3,000

Power Exchange

  • Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM1,200

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply