ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Berita Tempatan

Views

Hasil carian penulis menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berjaya menemui beberapa tanda dagang atas nama Proton X80 yang telah didaftarkan menerusi beberapa kategori.

Meskipun penulis pernah menceritakan mengenai kewujudan nama Proton X80 dalam artikel terdahulu, namun ia telah membuatkan penulis ‘sedikit curiga’ kerana tanda dagang tersebut telah didaftarkan dalam lima kategori yang berbeza.

Aspose

Kesemuanya telah didaftarkan oleh ejen, Azmi & Associates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd. Permohonan tanda dagang Proton X80 telah mula dihantar sejak 5 Oktober 2021 dan telah diwartakan pada 2 Jun 2022.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Berikut adalah senarai kategori tanda dagang Proton X80 yang telah didaftarkan:

  • Kelas 12 di bawah kategori kereta, kenderaan, automobil motor
  • Kelas 16 di bawah kategori percetakan, fotografi, pembungkusan dan lain-lain
  • Kelas 20 di bawah kategori papan pameran dan papan pembentangan
  • Kelas 25 di bawah pakaian, kasut dan topi
  • Kelas 35 di bawah pengiklanan, pengurusan perniagaan, pemasaran media sosial dan membekalkan informasi perniagaan menerusi laman sesawang

Adakah ini petanda awal yang Proton bersedia melancarkan sebuah lagi SUV pada masa akan datang? Yang menariknya, tanda dagang ini hanya akan luput selepas tarikh 5 Oktober 2031.

Mengikut penilaian awal yang dibuat penulis, hanya nama-nama model yang sedia wujud dalam barisan model Proton seperti X70, X50 dan S70 yang telah didaftarkan dalam beberapa kategori yang berbeza di portal MyIPO.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ada dua model yang dilihat berpotensi menjadi calon untuk memakai nama Proton X80, iaitu model SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) dan juga Xingyue L/Monjaro (KX11).

Kedua-dua model ini dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA). Lebih menarik, saiz kedua-duanya adalah lebih kecil berbanding dengan model X90.

 

Xingyue/Tugella (FY11) dan Xingyue L/Monjaro (KX11) berkongsi enjin petrol 2.0 liter turbo dari siri Drive-E, yang mampu menjana 235 kuasa kuda dengan 350 Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear 8-kelajuan automatik yang dibekalkan oleh Aisin, namun Xingyue L/Monjaro (KX11) didatangkan dengan pacuan empat roda (4WD).

Apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply