ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toto Wolff berhasrat sertai bidaan saham Manchester United

Berita Global

Views

Bos Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff mendedahkan beliau ada bercakap dengan Sir Jim Ratcliffe mengenai hasrat untuk menyertai bidaan bagi membeli pegangan saham di Manchester United.

Ratcliffe telah membuat tawaran untuk membeli 25 peratus daripada saham kelab daripada keluarga Glazer. Pengasas petrokimia gergasi Ineos itu memiliki satu pertiga saham daripada Mercedes F1 dengan Wolff dan Mercedes memiliki saham yang sama.

“Ratcliffe telah berkongsi trajektori dengan saya. Saya sangat menghormati nilainya dan kami mempercayai antara satu sama lain,” kata Wolff.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Bagaimanapun, beliau menambah dalam temu bual dengan Sky Sports menjelang GP Brazil minggu ini bahawa sebarang pelaburan ketika ini agak jauh lagi.

Kumpulan Ineos milik Ratcliffe menyasarkan untuk mendapatkan 25 peratus kepentingan dalam United tetapi perjanjian itu masih perlu diselesaikan. Ratcliffe mahu mengambil alih kawalan bahagian operasi bola sepak United.

Wolff pula memperoleh kekayaannya dengan melabur dalam syarikat internet dan teknologi sebelum beralih ke dalam bidang sukan permotoran.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pertamanya beliau terlibat dengan HWA Jerman yang mempunyai hubungan dengan Mercedes dan pasukan Williams F1 sebelum mengambil alih teraju Mercedes F1 pada 2013.

Prinsipal Mercedes kelahiran Austria berusia 51 tahun itu mengakui tidak pernah menyasarkan pelaburan untuk memenangi trofi bola sepak tetapi beliau suka daya saing Liga Perdana Inggeris.

“Ratcliffe dan Manchester United adalah kisah cinta kerana beliau dilahirkan di sana. Hubungan peribadi kami kuat disebabkan Ola Kallenius (Ketua Eksekutif Mercedes-Benz), mereka memanggil kami Three Amigos kerana kami hidup dalam dunia yang tidak masuk akal.

“Jika kami rasa saya boleh menyumbang, maka saya akan mempertimbangkan untuk menyertai Ratcliffe di Manchester United. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Toto Wolff (kiri)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply