ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan Kumpulan Ezz Elarab lancar Saga buatan Mesir

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan ulang tahun kerjasama yang ke-20, divisyen jualan antarabangsa Proton (ISD) dan Kumpulan Ezz Elarab, telah melancarkan Proton Saga pemasangan tempatan (CKD) di Mesir.

Komitmen ini telah direalisasikan hanya tiga bulan selepas majlis perasmian rasmi kilang CKD Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF) oleh YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, pada bulan November tahun lepas.

Majlis pelancaran telah diadakan di kilang CKD ESAF di Kaherah dan dihadiri oleh pegawai kerajaan, peneraju industri, serta wakil dari Proton dan ESAF.

Lebih menarik, para hadirin telah menyaksikan sendiri barisan pengeluaran dan proses pembuatan bersepadu Proton Saga.

Majlis turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir, YAB Datuk Tarid Sufian, manakala ESAF pula diwakili oleh Pengerusi ESAF, Hisham Ezz Elarab, dan Ahli Lembaga Pengarah ESAF, Hisham Ezz Elarab.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Proton pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Perolehan Proton Wang Huaibing, dan Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Edmund Lim Meng Thong.

Selama hampir 40 tahun, Saga merupakan kereta nasional pertama yang dikeluarkan oleh Proton dengan jumlah jualannya telah melepasi 2 juta unit pada tahun lalu.

Jualan eksportnya juga meningkat sebanyak 34 peratus kepada 2,906 unit pada tahun 2024. Di pasaran domestik, Saga juga mengekalkan kedudukannya sebagai model Proton terunggul.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, kedudukannya yang strategik di antara wilayah Timur Tengah dan Afrika serta populasinya yang ramai dan pemulihan pasaran yang menjanjikan, memberikan peluang pertumbuhan yang luar biasa bagi Mesir.

Ujarnya, pada tahun 2024 jumlah jualan eksport Proton telah mengalami penambahan sebanyak 31.1 peratus, dan Mesir memainkan peranan penting untuk mencapai keputusan ini.

Kilang CKD ESAF telah dibina dengan pelaburan sebanyak USD50 juta dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 40,000 kenderaan (dua syif).

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ia juga menandakan komitmen Mesir terhadap pembangunan industri dengan menggunakan kemudahan komponen sumber tempatan dan rancangan untuk pengembangan masa depan, termasuk pengeluaran EV, sejajar dengan Wawasan 2030 Mesir.

Ketua Pegawai Eksekutif Ezz Elarab Elsewedy Investment (ESI), Eng. Amr Abu Al-Saud berkata, hari ini, pihaknya memperkenalkan produk pertama yang merupakan hasil daripada strategi yang disokong oleh dua rakan kongsi.

Pengeluaran besar-besaran akan bermula pada Q1 2025, sekali gus menandakan permulaan era baharu dalam pembuatan tempatan.

Pengurus Besar Proton Egypt, En. Bassem Ashmawy  pula berkata, selama 20 tahun, Proton telah berjaya menjual lebih 18,000 kenderaan di pasaran Mesir hasil kerjasam dengan Ezz Elarab Automotive.

Kejayaan ini telah membuktikan kecekapan dan kebolehpercayaan model Proton untuk menjadikannya pilihan utama pembeli.

Pihaknya juga kekal komited untuk memberikan tahap keselamatan, keselesaan dan teknologi moden yang tertinggi dalam kenderaan keluarannya, dan tidak sabar untuk melihat Proton Saga baharu di jalan raya Mesir kerana ia meneruskan legasi kejayaan Proton di negara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply