ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan MPC anjur persidangan sehari, fokus ke arah transformasi dan inovasi dalam industri

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton telah bekerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan menganjurkan sesi persidangan sehari bertajuk “Penerimaan Transformasi; Berinovasi ke arah operasi yang produktif”.

Acara tersebut bermatlamat untuk:

  • Mencari idea penanda aras dan amalan terbaik yang berkaitan dengan strategi perniagaan dan produktiviti (QCD).
  • Memahami bagaimana industri lain melaksanakan transformasi strategik dan inisiatif operasi ke arah mencapai kecemerlangan perniagaan.
  • Menerokai peluang kerjasama dengan MPC untuk bekerjasama dengan kerajaan mengenai inisiatif produktiviti masa depan dan mampan.

Selain Proton dan MPC, para pembentang lain semasa persidangan itu ialah Composites Technology Research Malaysia (CTRM), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dan Arthur D. Little.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Para hadirin terdiri daripada ahli pasukan dari MPC, wakil dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii), dan syarikat-syarikat yang disebutkan di atas bersama pengurus kanan Proton, serta ahli Persatuan Peniaga Proton Edar (PEDA) dan Persatuan Pedagang Proton (PVA).

CTRM dan PTP adalah merupakan peneraju dalam bidang masing-masing dan telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Industri MITI (AKI MITI) pada tahun 2024.

Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Dr Mazrina Mohamed Ibramsah berkata, kerjasama antara sektor awam dan swasta seperti Proton, diharap dapat meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara, seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Proton perlu memastikan mereka memaksimumkan produktiviti sambil menguruskan peralihan dalam pelbagai bidang.

Melangkah ke hadapan, bidang perubahan utama yang telah dikenal pasti sebagai kritikal kepada kejayaan mereka termasuk beralih daripada ICE tulen kepada barisan model ICE dan NEV.

Tambah beliau, pihaknya memanfaatkan kepakaran yang diperolehi daripada pandangan yang lebih luas merentasi pelbagai industri, sambil mempelajari dan mengguna pakai amalan terbaik daripada syarikat yang telah melalui perjalanan transformasi perniagaan mereka sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply