ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON dan PERODUA sasar untuk turunkan kos pengeluaran!

Views

p1-p2-logo

Menurut www.bharian.com.my PROTON dan PERODUA bersetuju untuk bekerjasama membangunkan vendor masing-masing dengan sasaran menurunkan kos pengeluaran sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang akhir tahun depan.

Kerjasama strategik itu telah diaturkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) itu bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menurunkan harga kereta menerusi mekanisma lebih mapan, pada masa sama meningkatkan daya saing vendor automotif tempatan pada peringkat global.

Pelaksanaan langkah membangunkan vendor antara yang akan dibincangkan termasuk pelan tindakan memperkasakan daya saing vendor, kecekapan pengurusan kos, pembangunan teknologi cekap tenaga dan pengeluaran. Penggabungan vendor juga adalah antara inisiatif dan aktiviti yang akan dibincangkan. Langkah pengukuhan vendor itu juga diharapkan dapat meningkatkan lagi jumlah vendor automotif tempatan dalam kelompok tahap lima dan tahap empat iaitu tahap tertinggi dalam industri automotif.

Hasil kerjasama ini juga mampu mewujudkan antara 100 hingga 150 vendor tahap lima atau yang mampu membuat reka bentuk produk sendiri dan proses rekaan untuk PROTON dan PERODUA, manakala bagi vendor tahap empat iaitu yang boleh membuat proses reka bentuk sendiri adalah antara 150 hingga 200 yang disasarkan menjelang akhir 2014.

* Nampak gayanya lepas ini harga kereta PROTON dan PERODUA akan lebih murah sekurang-kurangya 30% jika kerjasama ini direalisasikan. Kena tunggu dulu la kalau nak tukar kereta lepas ni, hehehe.. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif