PRO-NET mengembangkan rangkaian pengedarnya di Malaysia Timur dengan pembukaan empat bilik pameran Proton e.MAS di Sabah dan Sarawak.
Di Kota Kinabalu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Datuk Phoong Jin Tze, telah merasmikan pembukaan bilik pameran Proton e.MAS milik Harapan Maju Sabah Sdn. Bhd. pada 8 Februari.
Sementara itu, di Sarawak, Datuk Bandar Kuching, Ybhg. Datuk Wee Hong Seng, melancarkan bilik pameran Proton e.MAS yang dimiliki oleh Melinau EV Sdn. Bhd. pada 11 Februari.
Perluasan rangakaian pengedar ini diteruskan dengan pembukaan bilik pameran Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. di Sarawak pada 13 Februari, diikuti oleh Fook Loi Eurocar Sdn. Bhd. di Sabah pada 28 Februari 2025.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pembukaan rangkaian pengedar pertama Proton e.MAS di Sabah dan Sarawak mencerminkan komitmen mereka untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Pembukaan rangkaian pengedar baharu ini menegaskan komitmen berterusan PRO-NET dalam memperluaskan ekosistem EV di Malaysia.
Perluasan ke Sabah dan Sarawak bukan sekadar membawa teknologi automotif yang lestari dan inovatif, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi wilayah ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pengenalan teknologi canggih.
Bilik pameran moden ini direka bukan sahaja untuk mempamerkan teknologi kenderaan elektrik terkini dari Proton, tetapi juga berfungsi sebagai pusat utama bagi pendidikan dan interaksi kepada pelanggan.
C3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Rangkaian pengedar Proton e.MAS bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan dengan mengintegrasikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan, memastikan sokongan jangka panjang kepada pemilik kenderaan EV ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga M
Dengan 37 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara, PRO-NET terus berkembang pesat. Seiring dengan pertumbuhan jenama ini, ia membuka ruang untuk lebih banyak inovasi dan pengalaman berorientasikan pelanggan.
Berikut adalah senarai lokasi bilik pameran baharu Proton e.MAS di Sabah dan Sarawak:
Sabah
- Harapan Maju Sdn Bhd
Alamat: Imago KK Times Square, Phase 2, Off Coastal Highway, 88100, Kota Kinabalu, Sabah. - Fook Loi Eurocar Sdn Bhd
Alamat: Lot 3, Jln Limau Manis, Inanam, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.
Sarawak
- Melinau EV Sdn Bhd
Alamat: Lot G-070s, G-071As, G-071Bs & G-072As, Ground Floor, VivaCity Megamall, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak. - Ghee Hua Co. Sdn Bhd
Alamat: Lot 131, Jalan Abell, 93100, Kuching, Sarawak.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI