PRO-NET telah mengadakan program Proton e.MAS Pioneer Teh Tarik Sesh bersama pemilik dan bakal pemilik Proton e.MAS 7 pada 15 Februari lalu di pusat Proton DX, Quill City Mall.
Program ini membuka ruang interaktif bagi perbincangan mengenai pemilikan EV, sekali gus mengeratkan hubungan dalam komuniti Proton e.MAS yang semakin berkembang.
Lebih dari sekadar pameran produk, program ini diadakan untuk menggalakkan pemilik e.MAS 7 berkongsi pendapat mengenai pengalaman, keseronokan, cabaran, dan masa depan mobiliti elektrik di Malaysia.
Sesi ini menampilkan dua perbincangan interaktif, di mana lebih 100 pandangan, pengalaman, dan maklum balas dikongsi bersama.
Para pengunjung yang hadir termasuk mereka yang berminat dengan kenderaan EV dan yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kenderaan EV pertama, mereka dapat berkongsi minat dan pengalaman serta meneroka cara untuk meningkatkan penggunaan EV.
Sesi perbincangan yang santai dan terbuka ini dihoskan oleh SoyaCincau.com bersama ahli-ahli PRO-NET.
Antara topik utama yang dibincangkan seperti peralihan kepada EV, kelebihan kos berbanding kenderaan enjin petrol (ICE), kemudahan pengecasan, dan bagaimana Proton e.MAS 7 mengembangkan lanskap kenderaan ev di Malaysia.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Mengulas lebih lanjut mengenai prestasi Proton e.MAS 7, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, matlamat mereka dengan Proton e.MAS adalah ingin menjadikan pengalaman EV lebih lancar, mengujakan, dan meyakinkan bagi pelanggan kami.
Dengan berinteraksi secara langsung bersama pemilik dan bakal pengguna, pihaknya bukan sekadar menawarkan sebuah produk, malahan juga sedang membina komuniti yang berminat dengan peralihan ke mobiliti lestari.
Proton e.MAS 7 telah muncul sebagai EV terlaris di Malaysia, dengan 421 unit didaftarkan dalam bulan pertamanya. Pencapaian ini meletakkan Proton e.MAS 7 mengungguli carta pendaftaran EV bagi Januari 2025, mengukuhkan statusnya sebagai juara dalam segmen EV nasional.
Sejak dilancarkan pada pertengahan Disember 2024, Proton e.MAS telah menerima lebih 4,000 tempahan dan disokong oleh 30 pengedar di seluruh negara. Dengan penguasaan 25 peratus dalam pasaran EV, PRO-NET berada di barisan hadapan dalam usaha membentuk masa depan mobiliti lestari di Malaysia.
Acara tersebut turut menampilkan ekosistem EV Proton e.MAS 7 yang terus berkembang, termasuk Peta Pengecasan PRO-NET dan kemas kini OTA yang akan datang pada tahun ini.
Apa yang menjadikan sesi ini begitu menarik adalah semangat komuniti yang kuat. Pelanggan juga berkongsi pengalaman, bertanyakan soalan secara terbuka, dan memberikan idea untuk penambahbaikan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Salah seorang pemilik e.MAS 7, Ahmad Yumnie Bin Adanan, berkongsi bahawa keputusannya membeli kereta ini disebabkan oleh anaknya.
Sebagai seorang bapa, dia teruja dengan keluasan Proton e.MAS 7, yang memudahkannya membawa stroller dan memasang kerusi bayi tanpa sebarang masalah.
Sementara itu, Muhamad Iskandar Bin Abdul Rahman merupakan antara yang terawal menempah Proton e.MAS 7, mendapatkan kenderaannya sebelum pelancaran rasmi ketika Jelajah e.MAS 7 di Kuantan.
Dia tertarik dengan harga yang ditawarkan, penggunaan teknologi yang canggih, serta keyakinan bahawa rangkaian servis Proton yang luas akan memudahkan servis kenderaan.
Program ini hanyalah permulaan, seiring dengan perkembangan Proton e.MAS dalam membentuk landskap EV di Malaysia.
Komitmen PRO-NET tetap teguh dalam mendengar maklum balas dari pelanggan, memenuhi keperluan mereka, dan memberikan pengalaman pemilikan yang benar-benar memuaskan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI