ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton hantar misi bantu mangsa banjir di Pantai Timur

Views

PIC 4

Baru-baru ini Proton bersama Proton Edar Sdn Bhd menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) telah menghantar seramai 45 sukarelawan dari kalangan kakitangannya untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Misi yang bermula 1 Januari 2015 selama dua hari itu membabitkan khidmat kerja-kerja pembersihan tempat awam dan rumah mangsa yang terjejas teruk akibat banjir. Proton juga turut menyumbangkan beberapa barangan keperluan termasuk bekalan makanan, air mineral, selimut, kelengkapan peribadi wanita dan barangan bayi.

Kampung Sakar Sungai di kawasan Pasir Mas, Kelantan dipilih sebagai permulaan kepada misi tersebut. Kampung ini dipilih kerana kedudukannya yang jauh selain tidak dikunjungi oleh mana-mana NGO dalam misi bantuan selepas banjir. “Pemilihan kampung ini juga dilihat kena pada masanya kerana kami berupaya membantu 61 keluarga yang terkandas di rumah mereka sejak banjir melanda,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Pada hari yang sama juga, 41 kakitangan Proton turut menerima bantuan yang sama, ihsan daripada Proton Cawangan Kota Bharu.

Pada hari kedua, misi diteruskan dengan bantuan kepada 205 keluarga mangsa banjir di Terengganu, khususnya di Daerah Kemaman. Bantuan ini diharap dapat serba sedikit membantu meringankan beban keluarga mangsa yang memerlukan bantuan kewangan bagi membolehkan anak-anak memulakan sesi penggal persekolahan baru tidak lama lagi. Misi bantuan Proton diteruskan dengan melawat tiga keluarga kakitangan Proton yang terjejas di Kemaman dan Dungun dengan membersihkan rumah-rumah mereka selain turut menyumbangkan barangan keperluan.

“Kami turut simpati apabila mendengar bahawa beberapa kakitangan kami adalah sebahagian daripada mangsa yang terjejas akibat banjir. Justeru, kami telah melancarkan kutipan derma di kalangan kakitangan kami untuk membantu rakan-rakan mereka yang berada dalam kesusahan.” tambah Dato’ Abdul Harith lagi. Proton juga akan terus membantu mangsa banjir dan ia adalah sebagai tambahan kepada pengumuman 30 peratus diskaun alat ganti serta caj perkhidmatan percuma baru-baru ini.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

PIC 1 PIC 2 PIC 4 PIC 3 PIC 5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Dgn tiada spyshot terkini.Maka model gantian saga yang dijangka selama setahun telah tamat.Maka Saya jangka tahun 2018 adalah tarikh model spyshot pertama Akan kelihatan.slow molek proton.

Leave a Reply