Proton bersama vendor dan pengedarnya, menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja mahir di bawah Dasar Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2030.
Ia adalah bagi meningkatkan kemahiran pelajar dan pekerja sedia ada melalui Program Latihan Struktur Proton ADTEC dan penempatan pekerjaan bagi menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam industri automotif tempatan.
Majlis tersebut menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Agung Kementerian Sumber Manusia, YBrs. Tuan Sutekno Bin Ahmad Belon, Yang Berbahagia Datuk Rospiagos bin Taha, bersama Proton, Persatuan Vendor Proton (PVA), dan Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) semasa Karnival TVET di ADTEC Melaka pada 3 Oktober lalu.
Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja sedia ada Proton, pelajar, serta pengajar dari institusi di bawah JTM.
Untuk memperluas inisiatif, kerjasama ini juga akan menyediakan akses kepada 33 ADTEC dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) lain di bawah JTM.
Institusi Latihan JTM (ILJTM) ini merangkumi 10 kluster, termasuk penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan kejuruteraan, pembuatan produk dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Kerjasama ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Proton, malah berpotensi untuk diperluskam kepada vendor dan pengedar melalui latihan dan penempatan, pembangunan modul, perantisan dan pensijilan.
Menurut Tuan Sutekno Bin Ahmad Belon, penumpuan kepada pembangunan bakat yang bernilai tinggi, berketerampilan dan berdaya saing bukan sahaja memastikan bakat yang dilahirkan tersedia untuk masa depan, tetapi turut berupaya bersaing di peringkat antarabangsa
Ujarnya, saranan ini bertujuan merapatkan jurang kemahiran serta meningkatkan mobilisasi sosial tenaga kerja mahir yang dilatih khususnya melalui bayaran gaji yang setimpal.
Kerjasama itu bertujuan untuk mengoptimumkan sumber bagi memastikan latihan sejajar dengan keperluan industri semasa.
Ini termasuk mengumpulkan kepakaran untuk membangunkan modul latihan yang menangani perubahan teknologi, bersama-sama membangunkan program profesional yang bertujuan untuk melahirkan bakat masa depan bagi pembinaan kapasiti, serta memanfaatkan sumber seperti mesin, kemudahan, pengajar, kepakaran khusus dan banyak lagi.
Ini bermakna bekalan berterusan pekerja mahir dan juruteknik ke dalam ekosistem Proton, latihan dan pensijilan yang berterusan, inisiatif penambah baik dan peningkatan pusat Proton DOJO dan modul latihan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Selepas majlis menandatangani MoU, 16 pelajar dari ADTEC Melaka menerima surat tawaran perantisan selama enam bulan, manakala 5 pensyarah menerima surat penempatan kerja selama sebulan dengan Proton, PVA dan PEDA. P
Lima kakitangan sedia ada Proton pula telah dipilih untuk menyertai program modular yang diberikan oleh ADTEC Melaka, dengan sasaran untuk mencapai 600 kakitangan secara berperingkat.
Program modular ini merangkumi teknologi automotif, teknologi komputer dan teknologi telekomunikasi. Majlis penyerahan surat tawaran diadakan selepas pemindahan peralatan latihan, yang merangkumi satu unit enjin, satu unit transmisi dan dua unit Proton X50 ke ADTEC Melaka pada hari yang sama.
Nama untuk program kerjasama antara ADTEC Melaka dan Proton telah dijenamakan semula sebagai Institut Teknologi Automotif Termaju Proton.
Naib Presiden, Modal Insan & Pentadbiran, Amran Mohd Tomin berkata, kerjasama ini menandakan langkah penting untuk merapatkan jurang kemahiran dalam industri automotif, memperkasakan generasi akan datang dengan pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk berjaya dalam landskap teknologi yang berkembang pesat.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah pula berkata, inisiatif ini bukan sahaja akan meningkatkan tenaga kerja, tetapi juga memupuk inovasi dan kecemerlangan dalam operasi serta memastikan syarikat kekal di barisan hadapan dalam industri.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI