ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton panggil balik Inspira dan Exora CPS 1.6

Views

Perhatin kepada pemilik model Proton Inspira dan Exora CPS 1.6! Berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh Mitsubishi Motors Japan pada 18 Februari lalu berkaitan kerosakan pada suis indikator pada beberapa modelnya, Proton turut mengumumkan langkah yang sama dengan memanggil balik Proton Inspira yang dikeluarkan dari tahun 2010 sehingga 2014. Ia melibatkan kira-kira 20,330 unit Proton Inspira yang menggunakan suis indikator tersebut yang dibekalkan oleh Mitsubishi.

Proton juga turut mengambil kesempatan ini untuk menasihati semua pemilik Proton Exora CPS 1.6 yang dikeluarkan dari tahun 2009 hingga 2015, untuk membuat pemeriksaan pada laluan saluran bahan api di bahagian enjin kenderaan mereka. Ia melibatkan kira-kira 90,000 unit Proton Exora CPS 1.6 dan pemilik disarankan untuk membuat temujanji dengan pusat servis yang berhampiran bagi pemeriksaan lanjut. Segala kos buruh dan alat ganti yang terlibat akan ditanggung oleh pihak Proton.

Untuk maklumat lanjut hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398 atau e-mel kepada [email protected]. Selain itu mereka juga boleh ke laman web rasmi www.proton.com dan laman web mikro www.carinquiry.proton.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • Tadi tgok gmbr model produa sedan..
    Mmg mnjdi pesaingan kuat pd proton..
    Selamat tinggal proton…
    Ape guna bangga sbagai pengeluar tulen kereta nasional..tapi hasil y hampeh..rekabentuk y hampeh.
    Banyak benda y hampeh pada proton.
    Dulu aku syg pd proton..tp sejak dua menjak ni..zaman DRB..tgok proton hasilkn produk dh makin pelik..hilang syg aku..
    Beli mahal..jual balik..xde harga..rugi adelah..
    Pasni beralih pd produa lak..
    Sayonara proton..


    • Mmm… selamat tinggal:) The choice is urs!.. Perodua ‘design’ sumer cantik2. Kancil, kelisa, Rusa, viva even myvi n alza sumer cantik2 belaka lah kan? Kn?. Sebab tu ramai yg beli kan? kan?:P Cuma yg tak laku pun nautica sebab tak cantik kn? kn?:P

      Hebat la dh tengok model sedan perodua… otai2 permotoran pun xdpt lagi info design perodua tu. Tentu sedara antara org hebat atau ada sedara mara kat perodua yg bleh tembus access security hingga dpt tengok design baru tu.. tapi kalau setakat tengok kat internet, tu yg terkenal manipulasi n imaginasi theo chin jer.

      Apa2 pun keluaran sedan perodua akan memberi saingan sihat kpd industri automatif tempatan n pengguna punyai lebih banyak pilihan. x gitu?:P

      Cheers!


    • Perodua kalau bab2 pasang plastic part dalam kereta memang ikut stail jepun punya kerja. skru ketat-ketat, kalau renggang sehingga menghasilkan bunyi ratling memang kena reject. Walaupun plastic je, tapi pasang sampai solid.

      Berbanding proton, bab2 pemasangan plastic part dalam kereta ikut kepala sendiri je. Yang tukang ketatkan skru adalah mekanik kat SC. Tu pun kalau mekanik SC ada masa nak kesan punca bunyi tu. Kalau tak, diorang pun surrender dan hanya tulis dalam kertas servis sudah dibuat. Owner balik drive, bunyi tu tak hilang pun..hehe


    • Proton, bab2 pemasangan plastic part dalam kereta ikut kepala sendiri je. Yang tukang ketatkan skru adalah mekanik kat SC. Tu pun kalau mekanik SC ada masa nak kesan punca bunyi tu. Kalau tak, diorang pun surrender dan hanya tulis dalam kertas servis sudah dibuat. Owner balik drive, bunyi tu tak hilang pun..hehe

Leave a Reply