ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Perdana diiktiraf Rekaan Terbaik Malaysia

Views

Setelah menerima anugerah ‘Best Local Car Design of the Year 2016’ oleh Carsifu Editors’ Choice Award, sebuah penerbitan permotoran di bawah The Star Media Group pada 2016, Proton Perdana sekali lagi terpilih sebagai rekabentuk terbaik. Kali ini, Perdana dianugerahkan  ‘Malaysia Good Design Mark’ (“MGDM”) yang diiktiraf oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (“MDC”). Anugerah tersebut dimenangi Perdana untuk kategori Kawasan Umum dan Kenderaan.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, YBhg Datuk Radzaif Mohamed pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam. Pengiktirafan tersebut diterima berdasarkan reka bentuk yang baik bagi produk yang lengkap yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh tenaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata Proton amat berbesar hati dan dengan rendah diri menerima pengiktirafan ini yang membuktikan keupayaan Proton dalam mereka bentuk dan menghasilkan kereta mampu milik dan berdaya saing kepada pengguna. Anugerah ini tentunya menyuntik semangat kepada Proton untuk bekerja lebih keras dalam menyediakan kereta dengan rekaan dan kejuruteraan yang lebih baik kepada pelanggan.

MGDM adalah program pengiktirafan reka bentuk oleh kerajaan Malaysia di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia. Penubuhannya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada industri tempatan yang cemerlang dalam menyediakan produk berkualiti dan inovatif serta menggalakkan kepada peningkatan kualiti pengeluaran melalui penyelidikan dan pembangunan. Perdana kini sebaris dengan model Satria Neo dan Persona generasi sebelum ini yang telah mendapat anugerah sama oleh MDC pada 2007 dan Iriz pada 2014.

Syabas Proton!

KLIK UNTUK BESARKAN

???????????????????????????????????? perdana 3d ????????????????????????????????????

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Proton Perdana sememangnya layak diiktiraf Rekaan Terbaik Malaysia.. Teruskan usaha pereka-pereka tempatan.. Beberapa hari lalu seorang kenalan menggantikan rim bersaiz 19x9jj daripada Vossen NV1 untuk Perdana barunya, menyerlahkan lagi susuk gagah Perdana barunya..


  • Saya antara org paling teruja bila melihat design Proton Perdana bila ia dilancarkan..

    cuma, agak menyedihkan jualan Perdana tak lah sehebat mana..

    mungkin perdana akan lebih mendapat minat ramai jika dipadankan dgn enjin gdi ..


    • Bukan sebab enjin, tapi kereta segmen D seperti perdana ni bukan untuk orang “kebanyakan”. Sebab tu jualannya tak setinggi kereta segment B dan C. Tambah lagi spec perdana yang diambil dari Honda Accord, tidak secanggih atau selengkap kereta segmen D terkini.

Leave a Reply