ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua model usahasama Modenas dan Bajaj bakal dilancar Mei depan

Views

Selepas Kymco, Modenas mengorak langkah lebih jauh lagi dengan mengadakan kerjasama strategik bersama satu lagi pengeluar motosikal, Bajaj Auto dari India.  Menurut sumber risikan dari rakan kami di pandulaju.com.my  memorandum persefahaman (MoU) telah pun ditandatangani dan dua model rebadged dari Modenas bersama Bajaj Auto bakal dilancarkan pada 18 Mei depan. Kami juga telah berjaya mengesan foto intipan salah satu daripada model tersebut baru baru ini.

Dua model Bajaj yang bakal menggunakan lencana Modenas nanti adalah naked bike Bajaj Pulsar NS200 dan sportbike Bajaj Pulsar RS200 dengan enjin bersesaran 200cc. Teknologi enjin motosikal ini diperoleh dari KTM, dan ramai yang tidak mengetahui Bajaj merupakan salah satu daripada pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut bersama dengan CROSS Industries AG.

Dikhabarkan harga kedua-dua model tersebut akan dijual pada harga yang sememangnya mampu milik dan jauh lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, KTM 200 Duke. Model Bajaj Pulsar NS200 bakal dijual sekitar RM9, 100 seunit manakala Bajaj Pulsar RS200 pula kira-kira RM10, 200 seunit. Jadi faham faham sendirilah mengapa projek moped 150cc Modenas terpaksa dihentikan dan ia mungkin memberi laluan kepada model ini terlebih dahulu. Spesifikasi kedua-dua model ini adalah seperti berikut:

BAJAJ PULSAR NS200

ENJIN 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
SESARAN 199.5cc
KUASA MAKSIMA 23.5PS @ 9, 500rpm
TORK MAKSIMA 18.3Nm @ 8,000rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
SAIZ TANGKI 12L
BERAT 152kg
KELAJUAN MAKSIMA 136kmj
DIMENSI PxLxT 2,017mm x 804mm x 1,075mm
JARAK RODA 1, 363mm
LEGA TANAH 167mm
SUSPENSI Teleskopik (depan) / Penyerap hentak mono (belakang)
BREK Cakera 280mm (depan) / Cakera 230mm
TAYAR 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

BAJAJ PULSAR RS200

ENJIN 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
SESARAN 199.5cc
KUASA MAKSIMA 24.5PS @ 9, 750rpm
TORK MAKSIMA 18.6Nm @ 8,000rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
SAIZ TANGKI 13L
BERAT 165kg
KELAJUAN MAKSIMA 140.8kmj
DIMENSI PxLxT 1, 999mm x 765mm x 1,114mm
JARAK RODA 1, 355mm
LEGA TANAH 157mm
SUSPENSI Teleskopik (depan)/ Penyerap hentak mono (belakang)
BREK cakera 300mm (depan) / cakera 230mm (belakang)
RODA 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

KLIK UNTUK BESARKAN

BAJAJ PULSAR NS200

20131118042803_Bajaj-Pulsar-200NS-Red-and-Black-color 20131210041232_Bajaj-Pulsar-200-NS-White bajaj pulsar ns200 maxresdefault-3

BAJAJ PULSAR RS200

0c5c01b61cda322500c91bc5dd7de6a2b6fb7642 86ea48278d126a9ccd2012781c099c7c605d9854 a2b4a6d34051323c38820477726ed3cd339b9d4c a43db91e302325a5528beb99176e7b95bcbc32b2 ebf8a0dc0465452118dcd8f445704e56014730ed

 

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • MODENAS KENA PASTI MOTOSIKAL MODENAS DI KEDAI AHCONG TIDAK DISABOTAJ.SAMA ADA DISOROK ATAU LANGSUNG TIADA.TAHNIAH MODENAS.JANJI MODENAS TERUS HIDUP.


  • Daripada hasil kerja sama ini diharap ada model Jaguh Generasi Kedua yang dipertingkat, termasuk enjin satu atau dua silinder bersesaran 240cc hingga 250cc dengan teknologi terkini


    • Oh please that modenas is well known for janji kosong

      Every year launch same shit over and over again

      And then rebadged despite knowing or have expertise to even make one

      And that’s why no or even any motorcycle enthusiast bother about this company


    • Tak kiralah sama ada chopper style atau cafe racer yang penting easy rider bike.
      Nak tunai janji pun kena kaji market dulu, bukan semberono jer.
      Kebanyakan model rebadge lebih berkualiti daripada model asalnya.
      Demanding Market tempatan lebih kepada motor dengan kapasiti enjin 135cc hingga 250cc.
      Dari segment kapcai, naked bike, sport bike, hinggalah ke easy rider bike.
      Pasarannya melebihi 60% jualan tempatan.
      Untuk menarik penggemar Dan penunggang motorsikal, pengeluar mestilah pelbagaikan segment mengikut permintaan pasaran Dan bukannya menunaikan janji secara membuta tuli.


      • Topkek

        Kaji what? For decade long being selling same thing doesn’t make it an excuse

        You know what? Remember these companies? demak, ktn, nimota, mle, cmc and so on, I HAVE more respect to them than i have to modenas

        Cause why? They DELIVERED the PROMISES and our WANTING of not just your another no frill kapcais

        Yet despite they now fading and notoriously infamous for bad quality which is i understand they still produce the DEMAND of the people of wanting DIVERSITY of product not “oh is another same old kapcai, again”

        Yes low displacement since it we can’t afford anything higher than 250cc due to tax for god sake make something good for ONCE

        jaguh was ONCE a turning point then what happen? Jepun overlord got angry? Heck it’s open secret about modenas relationship with Kawasaki these days

        No wonder Bajaj divorce with Kawasaki

        And quickly modenas turut panji bow to a new indian overlord


  • Harga yang sangat berpatutan bermula RM9100 hingga RM10200.. Kepada Mat motor, modal sikit boleh pergi 185 km/h.. kalau modal lebih boleh pergi 200 km/h Pulsar ni..


    • Typical Malaysia rider mentality

      Wanting the motorcycle to achieve such speed limit

      But wanting on a stock twin parallel 250cc or below

      Instead on proper triple or inline 4 600cc or above


    • Modal besar bro..! Anda boleh tonton sendiri di YouTube. Seorang pemilik kapcai Yamaha 150 telah menghabiskan lebih RM5000 ringgit untuk mencapai kelajuan 181km/h. Pulsar ni mungkin perlukan modifikasi bernilai hampir RM5000 untuk capai lebih 185 km/h. Dan mungkin perlukan hampir RM10 000 untuk melebihi 200km/h.

      Apapun penunggang di Malaysia sememangnya pakar modifikasi/tune up motorsikal. Mereka sanggup habis beribu ringgit untuk motor mereka. Itu sebabnya kita mengusai kejohanan lumba motor bawah 250cc underbone, expert, novice. Hasil kreativiti anak tempatan. Maybe some said Typical Malaysian rider mentality, but mostly people will says ‘creative Malaysian riders’

Leave a Reply