Perjalanan seorang wanita ke tempat kerjanya terbantut apabila kereta Proton Persona dipandu terbabas ke dalam sungai di Jalan Telujuk, Felda Air Tawar 3, dekat Kota Tinggi pagi tadi.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
K! ONLINE melaporkan, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.37 pagi dan seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Jelas beliau, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang terbabas ke dalam sungai. Ketika kejadian, pemandunya iaitu seorang wanita berumur 22 tahun dari arah Felda Air Tawar 3 dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasar Borong Song Seng.
Tambahnya, kereta mangsa terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai. Ekoran kemalangan itu, mangsa mengalami luka ringan di tangan dan kaki. Wanita itu dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI