ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Prevé muncul pemenang di ASEAN NCAP Grand Prix Awards

Views

ASEAN-NCAP-P-3-Proton-Preve-2
Foto hiasan

Setelah menerima pengiktirafan 5-bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme (ANCAP) dan Asean NCAP, Proton Prevé dinobatkan sebagai pemenang kategori Perlindungan Penumpang Dewasa untuk kereta Keluarga Sederhana. Paling manis, Prevé telah berjaya menewaskan beberapa calon lain dalam segmen C, seperti Honda CIVIC dan Toyota Corolla ALTIS! Pengumuman telah dibuat baru-baru ini sempena ASEAN NCAP Grand Prix Awards yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

“Anugerah ini adalah bukti Proton semakin matang sejak penubuhannya. Proton telah membuat pelaburan yang begitu besar untuk membangunkan teknologi dan meningkatkan kemampuan tenaga kerja. Bukan mudah untuk berada di peringkat ini lebih-lebih lagi berhadapan dengan persepsi barangan buatan Malaysia yang kurang berkualiti. Kemenangan ini diharapkan mampu mengubah persepsi tersebut,” ujar Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Operasi Proton Holdings Berhad.

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, promosi Bersamamu Malaysia masih diteruskan dengan rebat sehingga RM8,000, 3 tahun servis percuma dan pelbagai kadar faedah yang menarik bermula dari 2.95%, tertakluk pada terma dan syarat. Selain itu Proton turut menghargai para pelanggan setia mereka dengan menawarkan promosi Family First bagi membolehkan mereka memiliki kereta baharu Proton dengan diskaun 5%. Promosi ini tidak boleh digunakan bersama promosi Bersamamu Malaysia dan pelanggan boleh memilih yang mana mempunyai nilai paling tinggi. Pembeli turut layak menerima 3 tahun servis percuma semasa tempoh promosi.

Tempoh tempahan adalah sehingga 30 September 2014 manakala pendaftaran boleh dibuat mulai esok sehingga 15 Oktober. Untuk promosi Family First, pelanggan perlu mengemukakan salinan kad pendaftaran kereta Proton yang dimiliki, carian JPJ dan resit asal, dokumen berkaitan yang membuktikan pelanggan adalah pemilik Proton jika model seterusnya akan dinamakan pada ahli keluarga yang lain. Promosi hanya terpakai melalui pembelian dari cawangan Proton Edar.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments

Leave a Reply