ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen Keselamatan NISSAN 2017 Pusingan Kedua berlangsung meriah

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menganjurkan siri kedua Kempen Keselamatan NISSAN 2017 serentak dengan Karnival Pandu Uji Seluruh Negara ETCM, bertujuan mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya menerusi aktiviti kreatif dan menyeronokkan di lokasi-lokasi berikut:

WilayahLokasi
TengahETCM Petaling Jaya, Selangor
UtaraETCM Ipoh
SelatanETCM Seremban
SarawakETCM Miri
SabahGIANT Superstore, Sandakan
Pantai TimurAEON Kota Bharu, Kelantan

Pelbagai aktiviti keselamatan telah diadakan antaranya:

  • Ceremah Keselamatan Eksklusif: Dijalankan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam. Bengkel ini hanya diadakan di Pusat 3S ETCM Petaling Jaya.
  • Penggantian Inflator Beg Udara Takata: Penggantian secara percuma ke atas kenderaan NISSAN yang terlibat.
  • Pengalaman Memarkir Dalam Gelap: Meningkatkan kemahiran memarkir kenderaan anda dengan 360° Intelligent Around View Monitor NISSAN yang pertama pada model  NISSAN X-Trail
  • Pengalaman Pandangan Yang Terjejas: Alami dan fahami bahaya yang mungkin berlaku akibat pandangan yang terjejas terutama ketika pemandu kurang tidur atau berada di bawah pengaruh alkohol
  • Penerangan Tempat Duduk Kanak-kanak: Satu sesi yang menunjukkan kepentingan tempat duduk kanak-kanak serta cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan NISSAN. Bengkel ini hanya diadakan di ETCM Ipoh
  • Permainan Keselamatan Kanak-kanak: Satu sesi untuk kanak-kanak mengetahui tentang papan tanda jalan agar mereka lebih selamat

Sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memulakan Kempen “Merdeka Bonus” pada bulan Ogos 2017. Kempen tersebut menyediakan tawaran hebat untuk setiap pembelian model-model terpilih NISSAN dengan pilihan merangkumi Merdeka Bonus sehingga RM6,500* atau Merdeka Bonus Set bersama promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* serta rebat  sehingga RM4,500*. (*Tertakluk kepada terma dan syarat)

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan seperti tarikh and lokasi berikut:

TarikhLokasi
21 – 27 OgosVivacity Megamall, Kuching

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply