ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Adakah ini EV pertama Thailand hasil usahasama PTT dan Foxconn?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah kereta berwarna hitam yang dikeluarkan dari kotak kayu telah tular di media sosial baru-baru ini.

Ia dikatakan kenderaan elektrik (EV) yang dihasilkan oleh syarikat dari Taiwan, Foxconn dan bakal dikeluarkan secara usahasama dengan syarikat minyak nasional Thailand, PTT.

Foxconn telah membangunkan platform MIH sumber terbuka untuk EV dan turut menubuhkan anak syarikat pembuatan EV yang dinamakan Foxtron Vehicle Technologies Co., Ltd.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Diwar-warkan sebagai “Android untuk kenderaan elektrik”, platform ini akan ditawarkan kepada pengeluar yang berminat untuk menceburi perniagaan EV dalam jangka masa yang singkat.

Syarikat tersebut juga telah memeterai perjanjian dengan PTT untuk membangunkan kilang pengeluaran di negara tersebut.

Menurut sumber, unit prototaip ini telah dibina di Eropah menerusi syarikat pengeluar supercar yang tidak diketahui, memandangkan syarikat itu tidak memiliki kilang pengeluarannya sendiri.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Foxconn dan PTT telah bersetuju untuk melabur antara USD 1 bilion – 2 bilion (RM 4.18 bilionRM  8.37 bilion) dalam usaha sama tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

Pembinaan kilang di Thailand akan mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk disiapkan dan apabila mula beroperasi nanti, ia bakal mengeluarkan kira-kira 50,000 unit kenderaan setahun dalam fasa pertama, sebelum ia ditingkatkan kepada 150,000 unit pada fasa berikutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply