ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tambah bantuan untuk pelanggannya yang terjejas akibat banjir

Views

PIC 4
* Foto hiasan

PROTON Holdings Berhad (PROTON) ingin memaklumkan kepada pelanggannya bahawa Bank Muamalat Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan bagi pinjaman untuk pelanggan kereta Proton yang terjejas akibat banjir. Selain itu, caj-caj tertentu berkaitan pembayaran lewat atau caj penalti untuk tempoh sekali sahaja turut dikecualikan.

“Selaras dengan Program Bantuan Banjir PROTON, syarikat juga ingin memaklumkan kepada pemilik kereta Proton yang mempunyai pinjaman kereta dengan ketiga-tiga bank berkenaan untuk menghubungi bank masing-masing dengan kadar segera kerana ini akan membantu mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung mereka buat sementara waktu ini,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Proton juga telah mengambil inisiatif lai dengan memberi 30% diskaun alat ganti serta caj perkhidmatan percuma selain menghantar sukarelawan untuk mencuci kediaman dan memberi sumbangan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur baru-baru ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply