Tuah berpihak kepada Mohamed Affandy Bin Zainal Ariffin dari Teluk Intan membeli sebuah Proton Saga Premium pada bulan Julai lalu kerana beliau telah dipilih sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Proton Q3 Test Drive & Win.
Ini membolehkannya membawa pulang sebuah lagi kereta iaitu Proton Saga Standard. Affandy yang sudah berkahwin dengan seorang anak membeli kereta dari Han 333 Otomobil Sdn Bhd di Perak dan merupakan antara 12,992 peserta pertandingan tersebut.
Majlis penyampaian hadiah telah dilangsungkan pada 5 November lalu di ibu pejabat Pusat Kecemerlangan Proton dan kereta tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Selain itu, kempen Test Drive & Win Big turut mengumumkan pemenang bagi bulan Oktober, iaitu Abdul Taib Bin Ahmad dari Sarawak, yang membeli sebuah Proton Persona dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd. Beliau telah muncul sebagai pemenang Hadiah Utama iaitu sebuah Proton S70.
Kempen Proton Vaganza Akhir Tahun adalah usaha berterusan dalam kempen pandu uji Proton dari Oktober hingga Disember 2024. Ia mempelawa para pelanggan untuk berkunjung ke pusat jualan Proton dan memandu uji mana-mana model.
Pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500 dan sekiranya tempahan dan pendaftaran kereta Proton baharu dibuat pada bulan tersebut, mereka layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan dan berpeluang untuk memenangi sebuah Proton S70.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain itu, pelanggan yang berkongsi hantaran di media sosial peribadi mengenai pandu uji mereka dan mendapat “likes” terbanyak pada bulan tersebut akan memenangi hadiah wang tunai tambahan bernilai sehingga RM1,500.
Selain hadiah yang ditawarkan dalam Kempen Pandu Uji dan Menang Q4, kempen ini juga menawarkan rebat sehingga RM7,000 untuk model terpilih, antaranya Proton X50 2024 dan X70 2025.
Selain itu, beberapa model juga boleh dibeli dengan pakej nilai tambahan seperti servis percuma selama dua tahun, yang akan memberikan penjimatan jangka panjang serta ketenangan fikiran kepada pemilik.
Menurut Naib Presiden Jualan & Selepas Jualan, Proton Edar, Edmund Lim Meng Thong, menjelang akhir tahun, pihak syarikat ingin menghargai kepentingan pelanggan bagi memastikan kejayaan berterusan Proton.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI