ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow 2023: Proton pamer model konsep X50 R3 20th Anniversary Limited Edition, 200 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan pameran Malaysia Autoshow 2023 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS), Proton memperkenalkan sebuah model konsep, iaitu ‘X50 R3 20th Anniversary Limited Edition‘.

Para pengunjung Malaysia Autoshow boleh menyaksikannya secara dekat dan membuat tempahan secara eksklusif hanya di reruai Proton (tidak dijual di bilik pameran), sepanjang pameran ini berlangsung.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Model ini terhad kepada 200 unit sahaja dan ia merupakan X50 varian 1.5 TGDI Flagship yang diberi sentuhan elemen R3 yang akan menyambut ulang tahun ke-20nya tahun ini.

X50 R3 20th Anniversary Limited Edition tampil dengan warna badan hitam kusam eksklusif dan dilengkapi dengan aerokit R3 (depan, sisi, belakang dan spoiler bumbung), serta jejalur kuning di bahagian bonet dan “Ethereal Bow“.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bukan itu sahaja, ia turut dihiasi dengan emblem R3 pada jeriji, plat nama R3 20th Anniversary Limited Edition pada bahagian belakang dan di ruang kabin, rim 18-inci “Flow Formed” ringan kemasan hitam berkilat, alas kaki 3D kustom R3 dan pemegang plat nombor R3

Buat masa ini harganya masih belum diumumkan dan kami difahamkan versi sebenar untuk pelanggan sedikit berbeza dengan versi konsep yang dipamerkan. Apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MotoMalaya

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply