ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 penyumbang utama keuntungan DRB-Hicom

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang Kapital.my beberapa hari yang lalu melaporkan DRB-Hicom Bhd telah merekodkan keuntungan sebanyak RM73.02 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2018. Keuntungan ini berjaya dicatatkan berikutan prestasi operasi kewangan syarikat tersebut yang semakin baik dalam semua sektor perniagaan.

Hasil pendapatan syarikat tersebut juga telah meningkat daripada RM2.9 bilion kepada RM3.17 bilion dalam tempoh setahun. Dalam tempoh 9 bulan yang berakhir pada 31 Disember 2018, DRB-Hicom dilaporkan mengalami kerugian bersih sebanyak RM5 juta.

Jika dibandingkan dengan tempoh 9 bulan pada tahun sebelumnya yang berakhir pada 31 Disember 2017, syarikat tersebut telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM489.78 juta. Secara keseluruhannya, DRB-Hicom mencatatkan kerugian dalam tempoh 9 bulan ini namun kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga tahun kewangan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

Faktor utama yang menyumbang kepada keuntungan syarikat tersebut banyak adalah menerusi jualan Proton X70. Sektor automotif pula dilaporkan menjadi penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan syarikat tersebut. Selain itu, sektor perkhidmatan turut menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi untuk syarikat terutamanya daripada perkhidmatan perbankan dan pengurusan sisa buangan.

Walau bagaimanapun, prestasi sektor hartanah agak kurang memberangsangkan berikutan hasil pendapatan yang rendah daripada projek pembinaan. Sebelum ini, Kenanga Research telah menyatakan bahawa X70 dijangka bakal menjadi penyumbang utama kepada pendapatan DRB-Hicom berdasarkan pelan perniagaan 10 tahun yang telah dirangka oleh Proton.

Melalui pelan tersebut, Proton telah mensasarkan untuk mendapatkan 30 peratus pegangan pasaran tempatan dan 10 peratus pasaran serantau melalui pengenalan model-model baharu. DRB-HICOM juga telah meletakkan sasaran untuk mengeksport model-model keluaran mereka dalam segmen A, B, SUV dan MPV. Public Investment Bank turut menjangkakan peningkatan prestasi jualan kumpulan tersebut akan lebih ketara dalam sektor automotif berikutan pengenalan Proton X70.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply