ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang hanya untuk pantau ladang dan sempadan negara

Berita Tempatan

Views

Kami jadi seronok mengikuti perkembangan mengenai cerita ‘kereta terbang’ Malaysia ni sebab ada kalanya kenyataan yang diberikan agak melucukan. Semalam, menurut Berita Harian Kementerian Pembangunan Usahawan mensasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, berkata ia boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang bagi industri pertanian selain untuk menjaga keselamatan di sempadan negara. Katanya lagi, buat masa ini adalah memadai sekiranya penggunaannya hanya disasarkan kepada industri terlebih dahulu kerana masyarakat masih belum boleh menerima teknologi itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

Kereta terbang bukanlah teknologi yang baharu sebaliknya sudah dibangunkan oleh negara-negara maju. Justeru, Malaysia juga perlu seiring dengan kemajuan teknologi dunia agar tidak ketinggalan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda Selangor di Stadium Malawati.

Prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta. Semasa di Melaka kelmarin, Redzuan dilaporkan berkata kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukannya untuk dijual kepada orang awam.

Pada pendapat kami, lebih baik menggunakan dron yang dicipta oleh syarikat tempatan untuk tujuan pertanian manakala pesawat tanpa juruterbang (UAV) memantau sempadan negara kerana ia lebih efektif dan tidak melibatkan kos pelaburan yang tinggi. Apa pendapat anda pula?

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply