ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang tidak dijual kepada orang awam

Berita Tempatan

Views

Semalam Harian Metro melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Kata beliau lagi, ketika ini pelbagai syarikat gergasi dunia mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembangunan prototaip itu. Perkara itu menunjukkan perkembangan positif sekali gus berupaya menarik pelaburan dan keyakinan kepada negara.

Setakat ini, beliau telah dihubungi syarikat gergasi dunia yang ingin melihat pelan tindakan (blue print) dan ia kini menjadi satu tarikan pelaburan. Ini juga memberi keyakinan dalam pembangunan aeroangkasa. Grab juga ada menyuarakan mahu menggunakan kereta terbang untuk perkhidmatan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada peserta Karnival Keusahawanan 2019 pekarangan Masjid Kampung Beringin, Durian Tunggal, Alor Gajah semalam. Beliau turut yakin, infrastruktur seperti pembinaan jambatan dan jalan raya dapat dikurangkan dalam tempoh lima tahun akan datang jika kereta terbang itu mampu direalisasikan.

Ini penting untuk kerajaan mendekati teknologi dan bersaing dengan negara maju lain. Ia bukan sahaja untuk menarik pelaburan malah membuka peluang pekerjaan. Beliau tidak kisah kepada pandangan negatif dan skeptikal yang dilontarkan oleh sesetengah pihak tidak memahami hasrat kerajaan untuk membangunkan negara.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut menempelak dakwaan pembangkang susulan kenyataan beliau berhubung syarikat dari Bosnia mahu melabur pembinaan hospital di Semenyih, sebelum ini didakwa semata-mata mahu meraih undi rakyat.

Katanya kerajaan pilih Semenyih kerana sebelum ini syarikat di Bosnia, yang membangun dan mengoperasikan 150,000 katil di seluruh dunia bersetuju untuk bina 150 katil di pinggir ibu kota. Beliau menyarankan kepada mereka untuk memilih kawasan dicadangkan oleh kerajaan apabila pelan mereka siap. Kerajaan telah memilih Semenyih dan serius mengenai perkara ini.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply