ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat servis PETRONAS AutoExpert dirasmikan – Yang pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama dengan PETRONAS Lubricant International (PLI) baru-baru ini melancarkan pusat servis PETRONAS AutoExpert yang pertama seumpanya di Malaysia yang menawarkan produk terbaik dan servis penyelenggaraan kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada plan pengembangan PLI untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan dengan membawa teknologi bendalir PETRONAS dan kepakaran teknikal di bawah satu bumbung. Ini merupakan cawangan yang pertama dari 100 cawangan yang bakal dibangunkan di Malaysia, dan ia akan dibuka di 30 buah negara lain dalam masa lima tahun.



JOM BACA >> Hanya penerima BSH dapat subsidi petrol – Harga siling RON95 mungkin dihapuskan

Cawangan pertama akan diuruskan oleh rakan tempatan Autohaus yang berpengalaman sebagai penyedia perkhidmatan servis auto dan memiliki pusat servis kereta yang dipercayai. Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pusat servis PETRONAS AutoExpert membolehkan pelanggan untuk menikmati kepakaran teknikal PETRONAS di bawah satu bumbung.

Di sana, pelanggan tidak perlu risau kerana mekaniknya adalah cekap dan terlatih dengan penggunaan alat dan teknologi terkini untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, diagnostik enjin, penukaran minyak dan banyak lagi. Pusat ini juga menawarkan 14 ruang servis bagi menampung jumlah pengguna yang tinggi.

JOM BACA >> Hanya penerima BSH dapat subsidi petrol – Harga siling RON95 mungkin dihapuskan

Dengan menyertai rangkaian PETRONAS AutoExpert, bengkel persendirian seperti Autohaus diberikan akses kepada sistem dan peralatan yang membantu kelancaran servis, skim penyelesaian menyeluruh termasuklah latihan, sokongan pemasaran, program perdagangan dan perundingan yang berkesan untuk pembangunan perniagaan masa depan, serta memanfaatkan PETRONAS sebagai jenama global terkemuka.

Majlis perasmian pusat servis PETRONAS AutoExpert telah disempurnakan oleh Datuk Sri Syed Zainal yang turut dihadiri oleh Ketua Perniagaan Rantau Asia Pasifik PLI, Ruslan Halim Islahudin, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Hardeep Singh dan Pengarah Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Autohaus ni co-owned by one of my friend. The people behind it were graduated from German university. Started with a small workshop in Keramat, now expanded to almost 7 branches. Hebat anak muda.

Leave a Reply