ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang

Berita Tempatan

Views

Menurut laman Facebook Penang Kini, perjalanan seorang lelaki warga Perancis bernama Sylvain Ratichon Ract yang dalam ekpedisi kembara solo terbantut seketika kerana angkup atau kaliper brek motosikalnya dicuri semasa tiba di Pulau Pinang.

Beliau kini dalam perjalanan untuk merentasi Asia Tenggara dengan bermotosikal dan Pulau Pinang merupakan destinasinya ketika ini setelah berkunjung ke beberapa tempat di Thailand termasuklah, Taman Negara Khao Yai, Rayong, Pattaya dan Bangkok.

JOM BACA >> Kisah di sebalik Vector – Mobiliti udara pertama negara

Status beliau yang meminta bantuan di laman group Facebook pemilik motosikal Yamaha XT660Z Tenere menjadi tular kerana alat ganti komponen yang dicuri itu sukar didapati. Beliau telah menghubungi beberapa pihak termasuk semua cawangan Yamaha dan Big Bikes, namun tiada alat ganti baharu boleh didapati dari Malaysia, Thailand mahupun di Singapura.

JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

Beliau akhirnya mengubungi pengedar di Australia tetapi harganya dianggarkan sekitar AU$ 1,500 (RM 4,345) untuk kaliper brek beserta pad (harga tidak termasuk kos penghantaran). Oleh itu beliau meminta jasa baik pemilik motosikal Yamaha XT660Z Tenere di Asia/Australia yang mempunyai alat ganti tersebut untuk menjual kepadanya dalam kadar yang segera, sekaligus membantunya untuk meneruskan perjalanan dalam masa terdekat.

Niaya sungguh la kat Sylvain kan? Kat tempat lain elok je, sampai kat Pulau Pinang kaliper kena ‘rembat’.  Binawe sungguh punya penyamun, bikin malu nama Malaysia je! Semoga beliau dapat alat ganti dengan segera dan selamat meneruskan perjalanannya.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply