ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

Ulasan Pandu Uji

Views

Mungkin ini kali pertama kita mendengar ulasan seorang wanita warga asing mengenai kereta buatan Malaysia di tempat mereka kan? Wanita dari Mesir bernama Nihal Badran telah diberi peluang untuk menguji Proton Exora selama 10 hari dan pada pendapatnya MPV ini adalah sebuah ‘kereta keluarga yang sangat sempurna’. Nihal Badran merupakan seorang Pengarah Jualan dan Pemasaran di Sehraya Magazine, lebih kurang majalah Wanita di Malaysia.

Sepanjang sesi pandu ujinya dengan Proton Exora, beliau telah memandu di beberapa jalan di Kaherah, termasuk di jalan Ain Sokhna dan Hurghada. Pada pendapatnya, beliau kagum dengan keupayaan MPV ini dan secara ringkas beliau berkata Exora adalah ‘hadiah buat pengguna’ dan ia juga merupakan jenama Malaysia yang tersohor di Mesir.

Beliau amat menyukai fungsinya yang pelbagai guna dan paling penting ruang dalamannya sangat luas. Ia merupakan kereta yang sempurna untuk keluarga kerana mereka boleh duduk dengan selesa dalam ruang kabin yang mewah sambil menikmati keseronokan pemanduannya.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

Beliau mendapati, Exora mempunyai tiga kelebihan penting yang membuatkannya unik berbanding pesaingnya di pasaran Mesir. Pertama, ia memberi tindak balas yang pantas di atas jalan dan sangat stabil ketika di selekoh. Exora telah berjaya membuktikan elemen kawalan dan keselamatan, selain turut mengakui Proton memang ‘pakar’ dalam bab tersebut.

Kedua adalah prestasi kereta ini yang hanya dikuasakan oleh enjin 1600 cc turbo yang menawarkan kuasa setanding dengan enjin yang berkapasiti besar. Exora dijana oleh enjin empat silinder 16 injap yang mampu menghasilkan 138 kuasa kuda dengan 205Nm daya kilas pada 4000 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi CVT dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 13 saat.

Ketiga adalah rekabentuknya yang sporty dan menawan walaupun bersaiz besar dengan perincian yang sangat baik. Dari segi ergonomik pula, segalanya adalah mudah untuk dicapai dan selesa. Antara ciri-ciri lain yang menarik yang membuatkan wanita ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora ialah:

  • Pelbagai Elemen Pencahayaan – lampu depan dan belakang dengan lampu nyalaan siang.
  • Cermin sisi dengan lampu signal LED.
  • Tujuh tempat duduk.
  • Corong pendingin hawa di bahagian tempat duduk belakang.
  • Skrin DVD yang terletak di bahagian tengah bumbung.
  • Cermin pandang belakang dengan kamera undur yang sangat membantu ketika pakir.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

  • Sistem audio dan muzik dengan pemain CD and Mp3.
  • Sambungan Bluetooth dan aux-in.
  • Penstabil kelajuan (mungkin merujuk kepada kemantapan pengendalian dan pemanduan).
  • Beg udara hadapan untuk pemandu dan penumpang hadapan.
  • Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).
  • Cagak ISOFIX untuk pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  • Pengiktirafan 4-Bintang dari ujian pelanggaran global, sekaligus membuatkan beliau rasa ‘selamat’ dan yakin untuk memecut pada kelajuan 220 km/j.

Di Mesir Exora ditawarkan dengan tiga pilihan varian, Standard, Executive dan Premium. Ia turut ditawarkan dengan tujuh pilihan warna dan didatangkan dengan waranti selama 5 tahun atau 150,000 km. Selain itu bantuan kerosakan turut ditawarkan dan pemilik hanya perlu menghubungi talian 19418. Pusat servis Proton juga menawarkan alat ganti menerusi ejen Alpha Ezz Elarab.

Bangga dan teruja kami membaca ulasan dari Nihal Badran ini, Jarang sekali dapat membaca ulasan dari seorang wanita tambahan pula beliau bukan warga Malaysia. Kami yakin pemilik Exora dan peminat setia Proton turut berkongsi perasaan yang sama juga kan?

Sumber : Nihal Badran

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nihal Badran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • d malaysia masalah abs sensor menyala dan 3 4 masalah kecil tak d ambil tindakan serius oleh proton dan antara punca proton jadi bahan kecaman dalam.negara,,proton juga double standart untuk versi eksport lebih berkualiti berbanding versi pasaran dalam.negara,,walau apa pun alasan proton rakyat dan penguna yg buktikan bkn jurutera proton


  • Tipu je komen di atas tu… Biasanya pengguna yg void kan sendiri waranti kereta mereka dgn pergi ke kedai kereta luar pada waktu masih dlm waranti.


  • Tipu je komen di atas tu… Biasanya pengguna yg void kan sendiri waranti kereta mereka dgn pergi ke kedai kereta luar pada waktu masih dlm waranti.

Leave a Reply