ARKIB

KATEGORI

Buletin

Raikan Merdeka bersama GWM Malaysia – Tempah EV GWM ORA dan menangi baucar percutian bernilai sehingga RM30k

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini sedang mengadakan kempen ‘Merdeka Exclusive Book & Win’ bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Kempen yang bermula dari 15 Ogos hingga 30 September 2024 menawarkan kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA yang bertuah, peluang untuk memenangi baucar percutian mewah bernilai sehingga RM30,000.

Untuk menyertai, tempah GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 dan datftarkannya sebelum 31 Oktober 2024 di mana-mana pengedar rasmi GWM Malaysia. Antara hadiah yang bakal dimenangi termasulah:

  • Hadiah Utama: Baucar Percutian bernilai RM7,500 (1 Pemenang)
  • Hadiah Kedua: Baucar Percutian bernilai RM5,000 (2 Pemenang)
  • Hadiah Ketiga: Baucar Percutian bernilai RM2,500 (5 Pemenang)

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Di samping itu, GWM Malaysia turut berbangga untuk mempamerkan ciri-ciri moden untuk model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.

Kenderaan elektrik ini direka khas dengan teknologi terkini yang bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan mesra alam tetapi juga memberikan keselesaan dan prestasi yang tiada tandingan.

GWM ORA GOOD CAT terkenal dengan reka bentuk ‘retro-futuristik’, jarak pemanduan yang mengagumkan, dan ciri-ciri keselamatan terkini yang menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu dengan gaya hidup moden.

GWM ORA 07 pula menggabungkan kejuruteraan inovatif dengan ruang dalaman mewah yang menjanjikan perjalanan yang lancar dan penuh bergaya.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Kedua-dua model ini hadir dengan pakej waranti komprehensif daripada GWM Malaysia yang merangkumi:

  • Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km
  • Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
  • Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
  • Jaminan Kenderaan hingga 5 tahun/150,000 km (kecuali komponen yang haus dan lusuh)
  • Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70 peratus)
  • Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun

Manakala GWM ORA 07 pula didatangkan dengan:

  • Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km
  • Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
  • Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
  • Jaminan Kenderaan hingga 6+2 tahun/180,000 km*
  • Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70 peratus)
  • Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi, tawaran hebat ini merupakan tanda penghargaan syarikat kepada para pelanggan. Ia adalah peluang untuk pihaknya meraikan hari bersejarah dalam negara dengan penuh rasa bangga, di samping menyumbang semula kepada masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply