ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rancangan realiti ‘Pulsar Dareventure’ akan tiba di Malaysia tidak lama lagi – Yang pertama di Asia Tenggara

Views

Buat pertama kalinya diadakan di Asia Tenggara, rancangan realiti tv Pulsar Dareventure, yang diperkenalkan oleh Bajaj pada tahun 2014 bakal bermula di Malaysia setelah mencatatkan kejayaan di Nepal, Peru dan Sri Lanka. Webseries lapan bahagian ini dibawakan oleh Modenas Malaysia dan akan mula bersiaran di saluran YouTube Modenas pada 8 Februari 2019.

10 orang peserta dari seluruh Malaysia telah dipilih untuk melalui cabaran Pulsar Dareventure dengan menunggang Modenas Pulsar NS200. Rancangan realiti ini akan menguji daya ketahanan fizikal dan mental peserta bagi menjadi pemenang Pulsar Dareventure Malaysia yang pertama yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5000 dan sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200 baharu.

Ia bakal dihoskan oleh pengacara terkenal yang juga merupakan seorang peminat motosikal, Kiki (Nurul Alis Aidil Akhbar). Setiap minggu, rancangan ini akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri utama motosikal Modenas Pulsar NS200. Kualiti pemasangan, daya tahan, pengendalian dan faktor keseronokan tunganggan telah menyebabkannya diberi nama timangan, “an adrenaline pumping beast”.

Reka bentuk kukuh tangki minyak, sistem transmisi manual 6 kelajuan serta rangka yang dibina daripada keluli mampat akan memberi satu pecutan adrenalin kepada peserta yang menunggang Modenas Pulsar NS200 semasa mengharungi halangan dan cabaran sepanjang pertandingan ini.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Hj Abd Kadir amat teruja rancangan bersiri ini telah tiba di Malaysia. Ini adalah satu peluang kepada peminat sukan bermotosikal tanah air untuk merasai pengalaman unik di Malaysia. Di negara-negara sebelum ini, sambutannya adalah menggalakkan. Modenas yakin ia juga akan berjaya di Malaysia kerana rakyatnya juga gemar menyahut cabaran dan bersifat kompetitif.

Cabaran ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia sama ada lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun ke atas yang mampu memenuhi syarat keupayaan fizikal dan mental serta mempunyai lesen B2 atau B. Uji bakat pencarian peserta bagi rancangan realiti ini telah diadakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Setiap calon yang menyertai uji bakat Pulsar Dareventure Malaysia telah diminta untuk berkongsi sebab mereka perlu dipilih sebagai peserta, faktor yang mendorong mereka untuk menyahut cabaran ini di samping menjalani ujian di lokasi lokasi tersebut. Uji bakat ini turut dibuka dalam talian dimana calon menghantar video uji bakat selama 1 minit yang dimuat naik di laman sesawang Modenas Malaysia.

Pencarian ini telah menyenarai pendek seramai 30 individu dalam saringan kelayakan akhir yang diadakan awal bulan ini, bagi menentukan 10 peserta akhir. Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam rancangan realiti Pulsar Dareventure yang akan bermula pada 8 Februari 2019. Nantikan!

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply