ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ras Adiba kecam tindakan dua lelaki ‘berpura-pura jadi OKU’ untuk dapat parkir

Tular

Views

Tindakan dua lelaki yang ‘berpakat’ untuk menggunakan parkir yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menarik perhatian Pengerusi Bernama, Ras Adiba Radzi hari ini.

Menurut portal Malaysiakini, senator itu melalui media sosialnya menuntut kedua-dua lelaki terbabit memohon maaf kepada komuniti OKU di seluruh negara kerana mempermainkan golongan terbabit.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, sudahlah mereka (OKU) susah serta selalu dipandang rendah, malah ada yang menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk mereka.

Bekas wartawan dan penyampai berita itu berkata sambil menyertakan hantaran tersebut dengan satu klip video TikTok memaparkan dua pemuda yang mengaku berkunjung ke pusat beli-belah Midvalley di Kuala Lumpur.

Seorang daripada mereka kemudian mengeluh kerana menghadapi kesukaran mendapatkan ruang parkir di situ.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Namun dia dan seorang kawannya menunjukkan cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan berpura-pura menjadi OKU.

Menyusul selepas itu ialah aksi seorang pemuda yang berlakon dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna, diikuti dengan ketawa perakam video tersebut. Kata Ras Adiba, semua orang akan menjadi OKU pada suatu hari nanti.

Tambahnya, jangan sekali-kali mempermain dan mempersenda mereka kerana ia tindakan yang ‘kurang ajar‘. Ras Adiba yang juga pengasas bersama NGO OKU Sentral turut menanda Polis Diraja Malaysia dalam hantaran tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply