ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasionalisasi bahan api: Kereta mampu milik dijangka terus jadi pilihan – Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Kereta mampu milik dijangka terus jadi pilihan pengguna, ketika langkah rasionalisasi bahan api diihat akan lebih menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan.

Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata pengguna juga mungkin beralih kepada kenderaan elektrik (EV) atau menurunkan selera mereka kepada kereta yang lebih kecil untuk mengurangkan perbelanjaan bahan api.

“Kami percaya segmen kereta mampu milik akan berjalan seperti biasa kerana pelanggan sasarannya, iaitu kumpulan B40, akan terhindar daripada kesan rasionalisasi subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan selain berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif.

Kenaikan gaji sebanyak 13 peratus bagi kebanyakan penjawat awam pada Disember 2024 juga akan memulihkan sebahagian kuasa perbelanjaan mereka yang terhakis oleh inflasi.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Bagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan untuk segmen pasaran pertengahan seperti pelanggan sasarannya, iaitu kumpulan M40 yang mungkin menahan diri daripada membeli kereta baharu, menurunkan pembelian kepada kereta yang lebih kecil atau bertukar kepada EV untuk mengurangkan perbelanjaan bahan api mereka selepas pengenalan rasionalisasi subsidi bahan api kelak,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini

Wan Mustaqim menambah, secara umumnya, keterlihatan pendapatan industri automotif tempatan masih baik, disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak 200,000 unit pada akhir Mei 2024.

“Lebih separuh daripada tunggakan ini terdiri daripada model baharu, merujuk kepada betapa menariknya model baharu kepada pembeli kereta. Trend ini berkemungkinan berterusan sepanjang tahun ini memandangkan barisan pelancaran baharu yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, penganalisis RHB Research, Syahril Hanafiah, berkata pihakya meminda unjuran jumlah jualan industri (TIV) iaitu 740,000 unit daripada 625,000 unit, iaitu semakan menaik sebanyak 18 peratus.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kami berpendapat unjuran sebelum ini terlalu konservatif memandangkan prestasi TIV yang lebih tinggi daripada jangkaan berjaya dicapai setakat ini, disebabkan oleh jualan kereta Perodua yang lebih kukuh, iaitu peningkatan sebanyak 19.6 peratus.

“Kami bertindak meningkatkan unjuran jualan Perodua untuk 2024 kepada 330,000 unit daripada 250,000 unit. TIV 2024 yang disemak semula ini menyamai anggaran TIV, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) buat tahun ini.

“Hal ini menandakan TIV tahun ini menurun 7.5 peratus tahun ke tahun, selepas mencapai prestasi pecah rekod selama dua tahun berturut-turut kerana kami menjangkakan jualan Perodua tahun ini akan mendatar berbanding setahun lalu, menakala TIV selain Perodua dijangka menurun tahun ke ahun.

“Pada pendapat kami, penurunan ketara akan dilihat pada separuh kedua tahun ini apabila pesanan tertunggak mula dipenuhi dan jumlah jualan turun ke paras normal. Untuk makluman, tanpa mengira kira Perodua, TIV setakat tahun ini hanya bertumbuh 0.7 peratus tahun ke tahun,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply