ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasionalisasi program Pos Rider punca kontrak penghantar barang ditamatkan

Berita Tempatan

Views

Lebihan sumber manusia mendorong Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) untuk merasionalisasikan program Pos Rider yang menyaksikan lebih daripada 100 pekerja kontrak penghantar barang ditamatkan perkhidmatan bermula hari ini.

K! ONLINE melaporkan, Pos Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, ‘Pos Rider’ merupakan satu program sumber khalayak (crowdsourcing) bertujuan memberi sokongan kepada kakitangan tetap kurier Pos Malaysia terutamanya ketika waktu puncak.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Program Pos Rider telah memainkan peranan penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu ketika jumlah bungkusan melonjak berikutan peningkatan pembelian secara online sekaligus mewujudkan lebih daripada 1,400 peluang pekerjaan.

Walaupun permintaan terhadap pembelian dalam talian terus meningkat, landskap pasaran yang kompetitif telah menyebabkan penyedia e-Dagang mewujudkan perkhidmatan penghantaran mereka sendiri mengakibatkan pengurangan kebergantungan terhadap perkhidmatan kurier tempatan.

Menurutnya, keadaan itu telah menghasilkan lebihan sumber manusia dan mendorong Pos Malaysia untuk merasionalisasikan Program Pos Rider memandangkan perlu menyesuaikan kos dan mengoptimakan sumber yang ada.

 

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Keputusan untuk merasionalisasikan Program Pos Rider terpaksa diambil bagi memastikan kemampanan perniagaan demi menjaga kepentingan lebih daripada 13,600 kakitangan barisan hadapan Pos Malaysia di seluruh negara.

Selain persaingan yang sengit, Pos Malaysia turut terkesan dengan lambakan perkhidmatan (penawaran harga rendah yang terlalu rendah) oleh sesetengah pemain industri, dengan tujuan untuk mengganggu pasaran.

Untuk kekal berdaya saing dan terus bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar ini, pihaknya harus menitikberatkan pengurusan kos yang berhati-hati dan berhemah.

Tambah kenyataan itu lagi, fasa pertama rasionalisasi berkuatkuasa mulai 1 Julai di semua negeri kecuali di Lembah Klang, Sabah serta Sarawak dan notis pemberitahuan 14 hari telah dikeluarkan kepada semua Pos Rider terlibat sekaligus mematuhi klausa penghentian seperti yang telah termaktub dalam kontrak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply