ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ditamatkan kontrak – Penghantar barang rayu Pos Malaysia pertimbang keputusan

Berita Tempatan

Views

Lebih 100 penghantar barang kontrak Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) merayu supaya pihak syarikat itu mempertimbang keputusan menamatkan perkhidmatan mereka pada 1 Julai ini. Utusan Malaysia melaporkan, rata-rata mereka yang ditemui memberitahu, keputusan tersebut sememangnya sesuatu yang mengejutkan.

Menurut seorang pekerja terlibat, Demang Yunis Abd. Azis, 35, kesemua mereka mengakui terdapat klausa dalam kontrak masing-masing yang menyatakan pihak syarikat berhak menamatkan perjanjian tersebut pada bila-bila masa dengan notis dalam tempoh 14 hari tanpa perlu menyatakan apa-apa sebab.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Namun, katanya, penamatan kontrak dalam tempoh sukar ini sudah tentu mendatangkan kesan besar terhadap mereka yang terlibat, apatah lagi kebanyakan yang terlibat masih menanggung hutang bagi memulakan kerjaya tersebut, kira-kira setahun lalu.

Jelasnya, untuk mendapatkan pekerjaan ini, mereka telah dikenakan syarat iaitu perlu memiliki van. Disebabkan itu, ramai antara mereka yang mengeluarkan modal termasuk berhutang semata-mata bagi membeli kenderaan itu serta melakukan kerja baik pulih.

Tetapi hanya beberapa bulan selepas menjalankan kerja ini, tiba-tiba kontrak mereka ditamatkan lebih awal. Sehubungan itu, menurutnya, pekerja terlibat memohon ihsan pihak syarikat untuk setidak-tidaknya memberi ruang agar penamatan kontrak mereka ditangguh hingga tarikh sebenar seperti yang termaktub dalam kontrak asal demi kelangsungan hidup mereka.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mengikut perjanjian asal, kontraknya akan berakhir pada 26 Oktober ini. Rakannya, Mohd. Farhan Roslee, 29, berkata, dia masih tidak mempunyai pekerjaan lain untuk menyara keluarga selepas diberhentikan kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, setakat ini hutang membeli van yang perlu dijelaskan lebih RM10,000 dengan keadaan anak sulung bakal lahir tidak lama lagi. Seorang lagi penghantar barang, Wan Amirul Ikbal Hakim Zamzuri berkata, rata-rata mereka yang terlibat tidak menyangka perkara sebegitu boleh terjadi ketika masing-masing bergelut untuk berdepan dengan kesan daripada pandemik COVID-19.

Dia difahamkan pelantikan mereka sebelum ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah lambakan barangan ketika PKP 1.0 dulu. Bagaimanapun, dia dan rakan-rakan lain diberhentikan kerja sebelum tempoh pelaksanaan PKP 3.0 belum berakhir.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply