Bekas ratu cantik negara ditahan selepas bertindak menumbuk anggota polis serta merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 3 pagi semalam.
Menurut Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 28 tahun itu bertindak agresif dipercayai akibat mabuk.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Katanya, dalam kejadian itu, wanita terbabit memandu kenderaan bersama rakannya dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.
Namun sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan. Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Mohamad Fakhruddin berkata, ketika cuba ditahan, suspek bagaimanapun menumbuk anggota polis berkenaan. Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk.
Menurut Mohamad Fakhruddin, wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI