ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rentas negeri dalam kalangan peniaga durian cetus peningkatan kes COVID-19 di Kelantan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan negeri Kelantan kesal dengan peningkatan kes COVID-19 mendadak sejak beberapa hari lepas yang berpunca daripada aktiviti rentas negeri.

Menurut Astro AWANI, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beberapa kluster dikesan membabitkan pergerakan rentas negeri termasuk dalam kalangan peniaga durian.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, beliau terkejut juga dengan peningkatan mendadak dan rasa dukacita namun itulah yang terpaksa dihadapi dan disebabkan itu pihaknya meminta kerjasama semua pihak untuk mematuhi SOP, terutama berkaitan rentas negeri sebelum ini.

Tambahnya, kluster di Machang dan Jeli adalah berpunca daripada berniaga durian, manakala kluster di Jeli  turut membabitkan remaja umur 15 tahun yang merentas negeri untuk mengambil ‘raja buah’ tersebut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mohd Amar berkata, walaupun mereka tidak bergejala selepas merentas negeri, virus yang ada pada tubuh mereka telah mencetus kluster di kawasan mereka. Katanya, kerajaan negeri sebelum ini sudah mengingatkan perantau supaya tidak pulang ke Kelantan sekiranya tiada urusan kematian atau kecemasan.

Mengenai aktiviti penjualan durian di bahu jalan, Mohd Amar berkata aktiviti berkenaan sebenarnya melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun kerajaan negeri tidak mengenakan tindakan kerana mengambil kira kesusahan rakyat dan peniaga yang terkesan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply