ARKIB

KATEGORI

Buletin

Simpati dengan nasib pengayuh beca, polis trafik Terengganu kumpul elaun beri sumbangan

Berita Tempatan

Views

Tersentuh melihat nasib pengayuh beca terutama warga emas yang terkesan akibat pandemik COVID-19, pasukan polis trafik Terengganu mengumpulkan elaun COVID-19 mereka untuk disumbangkan kepada golongan berkenaan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata golongan pengayuh beca antara yang terkesan teruk kerana aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak beroperasi.

Katanya, pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang menjalankan rondaan lalu lintas sering melihat golongan pengayuh beca yang majoritinya terdiri daripada golongan warga emas tidak mempunyai pelanggan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Simpati dengan nasib mereka, pasukan JSPT melancarkan kutipan daripada elaun COVID-19 yang diterima mereka membeli barangan keperluan dapur untuk disumbangkan kepada pengayuh beca terbabit.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan semangat dan keprihatinan yang ditunjukkan pegawai dan anggotanya dan berharap dapat menjadi ikutan pihak lain termasuk orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Terengganu

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply