ARKIB

KATEGORI

Info

RM1.612 juta diperlukan untuk ‘membela’ Bugatti Chiron Pur Sport dalam tempoh 4 tahun, harga pengelap cermin aje dah dekat RM16K!

Info

Views

Bukan semua orang yang mampu memiliki sebuah supercar dari jenama Bugatti. Hanya ‘insan terpilih’ yang mempunyai kekayaan luar biasa sahaja yang mampu ‘membela’nya.

Pemilik akaun Facebook bernama Muhammad Al Qawi Zamani telah mendedahkan kos yang bakal ditanggung oleh pemilik Bugatti Chiron Pur Sport untuk menjaga model ini.

Katanya, servis dan penyelenggaraan akan dibuat oleh satu pasukan kecil yang dianggotai oleh 10 orang pakar terlatih di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh Pengurus Perkhidmatan Profesional / Sokongan Teknikal Bugatti.

Berikut adalah pecahan kosnya:

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Servis A

  • Minyak enjin (jenis Castrol Edge Fluid Titanium Technology SAE 10W-60), penuras minyak, penyejuk, minyak + 16 bendalir pembersihan saliran palam ( bagi setiap 14 bulan atau 16,000km) = RM 104,613
  • Set brek rotor depan karbon seramik saiz (420mm) = RM 209,230
  • Pelapik angkup brek depan titanium = RM 37,661

Servis B

  • Bendalir brek, pembersihan komponen, penggantian kabel dan lain-lain = RM 246,886
  • Cermin depan = RM 251,070
  • Pengelap cermin = RM 15,902
  • Tayar : Dua pilihan, untuk pemanduan halaju tinggi + selesa, Pirelli Winter Sottozero 3 / Michelin Pilot Sport PAX / Michelin Pilot Sport Cup 2 XL = RM 33,476 dan untuk cengkaman maksima + halaju tinggi, Michelin Pilot Sport Cup 2R TR = RM 175,749

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

  • Rim (jangka hayat maksimum antara 14 hingga 16 bulan atau setiap 16,000km sahaja) = RM 209,225
  • Empat pengecas turbo dari Garrett (jangka hayat maksimum antara 42 hingga 48 bulan) = RM 108,797
  • Penyejuk saluran udara (jangka hayat maksimum antara 42 hingga 48 bulan) = RM 92,059
  • Talaan enjin, penentukuran (calibration) dan pelarasan aci sesondol = RM 119,677
  • Tangki minyak (diperbuat daripada getah tervulkan, pelbagai lapisan fabrik bertetulang dan kevlar – jangka hayat maksimum 48 bulan) = RM 184,118
  • Cat (bergantung pada pilihan warna dan bahan) = RM230,963

Kos penyelenggaraan keseluruhan dan kos pemilikan Bugatti Chiron Pur Sport selama 4 tahun = RM1.612 juta (tidak termasuk cukai, upah, bayaran janji temu, kos pengangkutan udara dan caj perjalanan). Kos keseluruhan untuk tempoh setiap 14 bulan = RM439,373.

Menggigil tangan penulis masa menaip tengok angka-angka yang menyeramkan ni. Kalau anda rasa mampu nak membela Bugatti Chiron Pur Sport ni, kena siap la segala ‘pengerasnya’. Itu belum masuk bab insurans lagi ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply