ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga 2016 terima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP

Views

ASEAN NCAP baru baru ini telah mengeluarkan keputusan ujian suku ketiga tahun 2016 untuk model Proton Saga generasi baharu yang bakal dilancarkan hujung bulan ini. Proton Saga 2016 berjaya mendapat penarafan 4-Bintang dengan 13.33 markah bagi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan 71% pematuhan bagi Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) yang turut melayakkannya menerima 4-Bintang bagi perlindungan kanak-kanak.

Jika dibandingkan dengan model semasa Saga FLX+ yang menerima 10.23 markah bagi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dengan penarafan 3-Bintang dan hanya memperoleh pematuhan Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) 48% pada tahun 2013, ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana model generasi baharu ini masih lagi menggunapakai platform sedia ada yang dipertingkatkan. Walaupun tewas ditangan Perodua Bezza dalam yang mendapat 5-Bintang, namun dijangkan Saga 2016 bakal menghadirkan saingan yang cukup hebat kepada pesaing terdekatnya itu.

Buat masa ini belum ada lagi sebarang maklumat lebih terperinci mengenai Saga baharu, namun apa yang kami dapat sahkan yang model inii akan menggunakan nadi yang sama dengan Iriz 1.3 liter VVT  yang mampu menghasilkan 94 hp pada 5,750 rpm dan daya kilas 120 Nm pada 4,000 rpm. Enjin ini akan turu digandingkan dengan pilihan kotak gear manual lima-kelajuan dan CVT. Nantikan kemunculan rasminya tidak lama lagi!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


    • Memang pun guna platform lama untuk versi yang sepatutnya all-new.

      Janji 5-Star tapi hampeh.

      So far hanya Preve yang betul-betul ok markah dia. Iriz dan Iriz sedan punya markah memang tercicir banding Preve.


      • Asean NCAP ambil kira score impak hadapan je bro. Lagipun Saga ni breed Saga lama. X boleh nak aspect lebih.

        Kalau bro ni dah appreciate dengan bintang-bintang ni tahniahlah…sekurang2nya bro dah sedar dan awareness terhadap keselamatan kenderaan dah meningkat.

        Tapi harus fahamlah, NCAP ni provide guidance kepada pembeli kereta. Pembeli yang concern dengan kereta banyak bintang, selayaknya tak payah beli Saga baru lah..Nak banyak bintang, Volvo ada. Nak kereta ‘bintang tiga’, Saga FLX ada..haha


      • All-new Honda HR-V pun guna platform lama, platform Jazz.. All new Honda City pun guna platform lama.. All-new kebanyakan automaker menggunakan platform lama dan dikongsi banyak model..

        Ada golongan pengguna mahukan kereta murah, ada golongan mahukan kereta selamat(berbintang-bintang), ada golongan mahukan kereta mewah dan mahal, aga golongan mahukan kereta sangat mahal kerana terlalu banyak duit disamping bantu kerajaan dengan membayar pelbagai cukai untuk kereta sangat mahal tersebut..

        Rasanya anda golongan Preve ataupun kereta selamat(berbintang-bintang).. Untuk golongan ini harga kereta bukanlah murah, sebagaimana Bezza advance berharga 51k untuk A-segment.. Selain itu ada kereta yang sedikit bintangnya tetapi dilengkapi dengan features yang lain seperti kereta-kereta import, Honda,Toyota, Mazda, Ford, Nissan, dan banyak lagi..


  • Mmm… nie 4 star utk semua varian ker? Saga nie guna platform saga flx 3 star. Ada gak improvement. 4 star dah ok cuma kalau 5 star lagi baik utk model kereta entry level cengini:) Even bezza pun 5 star utk model premium saja. yg lain pun 4 star kn?:P

    Cheers!


      • Mmm… sy pun dh agak ko pun akan cakap cengini. Oh.. by the way, bezza 5 star tu kat varian advance jer. pada harga 5 star persona B segment sedan standard. tersilap:P… yg nie pun tentu ko dah agak kn?:P

        Don’t worry, sy tau ko minat Bezza. Beli la satu… dan jgn lupa beli yg 5 star tau:P itu pun kalau rasa 5 star bezza tu satu belian yg berbaloi2.

        Cheers!


        • Personally, aku rasa Preve jauh lebih berbaloi dari Bezza.

          Dan macam yang aku kata kat atas sana, buat masa ni hanya Preve sahaja model Proton yang paling bagus rating Asean NCAP. Jauh meninggalkan Iriz etc.


          • Mmm… uuiihh, jauh benor bandingan tu. Preve tu C segment bang. Harga pun jauh beza dgn Bezza A segment. Apa2 pun preve dlm safety kelasnya tersendiri. Itu x dinafi!;)

            Cheers!


          • Membandingkan Preve dengan Bezza? Dan Preve lebih berbaloi? Amat tidak kene pengukuran berbaloi nya tu…

            Lagipun ni Asean NCAP je..score pun pada impak hadapan je. Kalau Bezza masuk ANCAP, mau turun bintang..NHTSA? lagi lain ceritanya..

            Yelah, kalau Preve bagus, belilah Preve. Tapi Preve dan Bezza dah lain sangat dah tu..

Leave a Reply