ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga generasi baharu dikesan sekitar Sabak Bernam

Views

Ini merupakan foto risikan terkini prototaip ujian generasi baharu Saga yang sempat dirakam oleh Ambo D’ Mukodunio dan dimuatnaik ke laman Facebook Proton Iriz Community (Malaysia) Official. Lokasi penemuan model ujian ini adalah di jalan Sungai Besar menuju ke Sabak Bernam. Ia kemudiannya masuk ke jalan kampung menuju Bagan Nakhoda Omar (BNO).

saga baharu 4

Kali ini prototaip ujian Saga menggunakan pelekat penyamaran dengan corak terbaharu tetapi kita masih boleh melihat bentuknya walaupun bersaiz kecil tetapi nampak lebih mantap jika dibandingkan dengan model sedia ada. Saga generasi ketiga ini lebih besar dan panjang dari model semasa walaupun berkongsi platform yang sama.

Kami jangka Saga ini akan berentap sesama sendiri dengan Persona baharu selain sedan Perodua yang dijangka keluar lebih awal. Jadi, Proton perlu memastikan model ini berada ditahap yang terbaik sebelum ia dilancarkan. Perdana 2016 pun masih tertangguh lagi pelancarannya. Kami akan bawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

saga baharu 1 saga baharu 2 saga baharu 3 saga baharu 4 saga baharu 5 saga baharu 6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • rear foglamp? sepatutnye ade tp igauan ngeri penggune jalanraya yg lain bile salah digunekan. Taktaulah, mereka jenis yg suke on rear foglamp ni time2 tak sepatutnye ..silau la nak2 time jalan je..aduh. Same ade sengaje onkan @ mereke2 ni tau ke fungsi sebeno rear foglamp tu?


  • nampak 2units camo saga kt jln kinabalu 1215noon td

    center aircon outlets horizontal, bukan hidung babi lg.

    dashboard masih berkilat, xde tekstur, mgkn masih prototype stage.

    xnmpk detail.


  • hehe, nampaknya proton masih xbelajar dari kesilapan lagi, ramai akan beli saga kerana tiada yg menarik ttg persona baru kecuali jika masukan sistem hybrid ke, eev ke, ADAS ke… baik tangguh persona dan fokus dengan ertiga @ SUV ..apapun kena tunggu persona baru bole komen lebih2

Leave a Reply