Teka-teki nama sebenar model sedan pengganti Prevé yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akhirnya terjawab. Sah, model dengan namakod SS11 itu akan menggunakan nama S70 dan bukannya S50 seperti yang dijangka sebelum ini.
Ejen perisik handalan kami Mat Bond, sebentar tadi telah mengirim dua foto ‘tangkap layar’ (screenshot) yang memaparkan nama, senarai varian dan juga warna yang ditawarkan pada model S70 nanti.
Menurut senarai yang dipaparkan, nama yang tertera dalam sistem tersebut adalah S70 dan ia akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:
- Executive
- Premium
- Flagship
- Flagship X – varian mercu siap dengan kit badan penuh dan spoiler kecil pada pintu but belakang
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Enam pilihan warna akan ditawarkan pada model S70 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk satu warna baharu.
Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):
- Deep Marine Blue (Metalik)
- Quartz Black (Metalik) – * untuk varian Flagship X sahaja
- Space Grey (Metalik)
- Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu
- Passion Red (Solid)
- White (Solid)
Sebelum ini kelibat S70 (SS11) tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dikesan ketika yang sedang menjalani penggambaran iklan komersial.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Menerusi carian di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), permohonan tanda dagang nama Proton S70 telah pun didaftarkan pada 14 Disember 2022, di bawah Kelas 12, yang merangkumi kategori ‘kereta; kenderaan; motor automobil’.
Tanda dagang tersebut telah pun diwartakan secara rasmi pada 06 Julai 2023. Buat permulaan S50/S70 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.
Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025. Sesi pratonton tertutup model S70 untuk kawasan Pantai Timur akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuantan pada pertengahan bulan ini.
Fasa pengeluaran besar-besaran S50/S70 (SS11) telah pun bermula, manakala pelancarannya pula dijangka pada penghujung bulan ini (November).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI